Khamis, 11 Mac 2010

KAMERA VIDEO BERSAIZ POKET.
BERITA HARIAN (VARSITI), 28 JAN - 3 FEB 2010.
OLEH : NIK SUKRY RAMLI.


KODAK memperkenalkan kamera video digatal bersaiz poket untuk memudah peminat barangan berjenama itu memiliki dan membawanya.
Model Zi8 yang mula berada di pasaran Amerika Syarikat hujung tahun lalu itu mendapat sokonggan baik golongan remaja dan dijadikan satu hadiah pilihan sempena sambutan Hari Natal.
Walaupun bersaiz kecil tetapi kemanpuannya adalah setanding dengan kamera video digital yang lain dan bolej merakamkan imej sehingga 1080p atau 30'frame' sesaat.
Selain itu, Zi8 juga mempunyai kamera digital 5 mega piksel untuk merakam gambar. Model ini juga boleh dilengkapkan dengan penstabil imej binaan dalaman untuk mmengelak kesan gegaran dan mikrofon khas. Diperbuat daripada plastik tahan lasak, model Zi8 boleh disesuiakan dengan pelbagai persekitaran dan mudah untuk dikendalikan.
Kamera Video Poket Kodak Zi8 ini dijual di Amerika Syarikat pada harga USD 180 (RM611) dan ia boleh didapati di pasaran negara dalam tempoh terdekat.
  • INFO : 1. gambar kualiti 'High Definition' (HD) 1080p

2. Rakaman video sehingga 10 jam.

3. Monitor skrin LCD bersaiz 2.5 inci.

4. Serasi dengan Windows dan Mac.

Selasa, 9 Mac 2010

UTHM CIPTA EMBag ELAK KECURIAN LAPTOP.
BERITA HARIAN. 28 JANUARI 2010.
0leh : Shafry Salim.

Kes kehilangan laptop yang sering dilaporkan di kampus menimbulkan kerisauan pelbagai pihak terutamanya pelajar. Kerugian bukan hanya melibatkan wang ringgit malah lebih menyukarkan segala maklumat dan dokumen serta hasil kerja yang terkandung didalamnya lesap.
Walaupun pelbagai usaha dilalkukan termasuk menyimpannya dengan kemas dan di letakkan di tempat strategik di dalam kereta namun ia masih dapat dikesan pencuri.
Bagi mengatasi masalah itu, sekumpulan penyelidik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang diketuai Ketus Pusat Keserasian Elektromagnet, Prof Zarar Mohd Jenu bersama penyelidik, Norarlina Mazlan berjaya menemui jalan penyelesaiannya.
Mereka berjaya menghasilkan rekaan terkini yang dikenali sebagai EMBag. Teknologi yang terkandung dalam EMBag dapat menghalang gelombang elektromagnet dikeluarkan daripada komputer riba yang ditinggalkan di dalam kereta. Halangan itu dapat mengelakkan komputer daripada dikesan oleh pencuri.
Mohd Zarar berkata, laptop yang telah ditutup kuasa baterinya masih mengeluarkan gelombang elektromagnet kerana jam yang terdapat di dalamnya masih lagi berfungsi.
Keadaan ini, kata beliau menyebabkan pencuri yang menggunakan peralatan khas dapat mengesan kedudukan laptop di dalam kereta.
"Penggunaan EMBag ini dapat meminimumkakn pengeluaran gelombang elektromagnet sehingga tidak dapat dikesan pencuri walaupun mereka menggunakan peralatan khas. Pemilik komputer riba hanya perlu memasukkan laptop mereka ke dalam EMBag sebelum menyimpannya kedalam beg asal," katanya.
Beliau berkata EMBag memiliki ciri unik memenangi pingat gangsa dalam Espo Penyelidikan dan Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa 2009 (PECIPTA '09) di pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) baru-baru ini.
Katanya, produk itu sedia dipasarkan dengan harga yang sangat kompetitif, bersesuaian dengan fungsinya.
PENGESAN ARAH KIBLAT.
BERITA HARIAN, 28 JANUARI.

Menyedari masalah kesukaran untuk mencari arah kiblat setiap kali hendak solat ketika di negara kelahirannya, Thailand, mencetus idea kepada pelajar Tahun Tiga Kulliyah Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, Univevrsiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Yamilah Samae, mencipta peralatan khas bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

Lebih membanggakan, alat yang diberi nama 'Guardian Prayer Aid' (GPA) yang turut dimanfaat oleh golongan yang cacat penglihatan itu direka bentuk sepenuhnya dalam masa tidak kurang dari tempoh tujuh minggu.

Dengan reka bentuk yang menarik serta mesra pengguna, GPA dilihat sebagai penyelesaian terbaik kepada masalah yang sering dihadapi oleh orang islam setiap kali ke luar negara, terutamanya negara bukan Islam.

Apabila berada di tengah bandaraya Bangkok, yang tidak ramai penduduk beragama Islam, menyukarkan saya untuk menentukan arah kiblat dengan tepat.

"Masalah ini membuatkan saya terfikir, sekiranya sekiranya kita yang mempunyai deria penglihatan pun mempunyai masalah seperti itu, apatah lagi mereka yang cacat penglihatan. Pastinya situasi ini lebih menyukarkan mereka. Jadi, saya membangunkan GPA ini selama hampir empat minggu sebelum membuat analisis dan penambahbaikkan," katannya ketika ditemui di UIAM,Gombak,Selangor, baru-baru ini.

Yamilah berkata, dengan menggunakan Sistem Kedudukan Global (GPS), peratan ini dapat mengesan arah kiblat dengan tepat sebaik penggunanya menghalakan bahagian hadapan ke arah tertentu.

Katanya, GPA akan mengeluarkan bunyi sebaik arah kiblat berjaya dikesan dan ini memudahkan pengguna menunaikan solat.

"Selain itu, saya turut menambah baik GPA ini dengan menambahkanya dengan bebola pada bahagian atas yang berfungsi seperti tasbih dan papan kekunci yang mempunyai tiga fungsi utama.

Sekiranya pengguna mahu berwirid, mereka perlu tekan butang pertama (mula), jika mahu berhenti perlu tekan butang tengah, dan sekiranya mahu menyambung balik perlu hanya perlu menekan butang yang ketiga.
"Kesemua ini masih dalam proses penilaian dan saya percaya GPA ini masih boleh ditambah baik fungsinya. Bagi memudahkan pengguna, kita turut meletakkan satu pin untuk memudahkan pengguna menyelitkannya pada poket baju sekiranya ingin membawanya kemana-mana," katanya.
Kongsep GPA itu menarik perhatian juri dan memenangi tempat pertama pada Persidangan Antrabangsa Dalam Reka Bentuk Alam Sekitar tahun lalu.
Keunikan GPA itu menarik perhatian kumpulan pemain industri ternama dunia dan pihak UIAM masih dalam perbincangan untuk mencari kaedah terbaik serta mengenalpasti kos yang paling memadai sebelum mengkomersialkan peralatan berkenaan.

Isnin, 8 Mac 2010

RAJA MUDA PERLIS MAHU KEGIATAN SUKAN DIJADIKAN INDUSTRI YANG MENGUNTUNGKAN.
BERITA HARIAN. 08 MAC 2010 (ISNIN).

KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, mahu kegiatan sukan manjadi pemangkin kepada industri itu sekali gus menjadi industri yang menguntungkan atlet, aktivis sukan serta penyumbang kepada ekonomi negara. Baginda bertitah, kegiatan sukan jika dilihat secara positif boleh menguntungkan mereka yang terlibat serta melahirkan jaguh sukan yang boleh dibanggakan dan menaikkan nama negara. "Kegiatan sukan yang diceburi secara bersungguh-sungguh dan profesional akan membantu meningkatkan imej negara di mata dunia," titah baginda ketika menutup kejohanan olahraga tertutup Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) 2010 di UiTM Arau di sini, malam tadi.

Baginda turut menyarankan pemimpin sukan memperbanyakkan pelaksanaan dan meluangkan lebih masa mendengar masalah dan cadangan atlet, jurulatih persatuan serta peminat sukan bagi meningkatkan mutu sukan negara. Pelbagai kegiatan diadakan sempena penutupan kejohanan itu termasuk acara khas lari berganti-ganti membabitkan pegawai utama UniMAP termasuk Naib Canselor UniMAP, Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin. Turut hadir pada majlis penutupan kejohanan olahraga selama dua hari itu ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah dan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu. - Bernama
BLOG KHAS UNTUK MAKLUM BALAS GAJI MINIMUM.
BERITA HARIAN. 8 MAC 2010 (AHAD).
KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia akan melancarkan blog khas dalam tempoh dua minggu lagi bagi mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak termasuk majikan mengenai gaji minimum di sektor swasta. Menterinya, Datuk Dr S Subramaniam berkata demikian pada sidang media di sini sebentar tadi.
PENGAWAL GAGALKAN CUBAAN LARIKAN ATM.
BERITA
HARIAN, 8 MAC 2010 (ISNIN).

PELABUHAN KLANG: Cubaan lima lelaki melarikan sebuah mesin tunai automatik (ATM) di sebuah kilang pengeluar alat elektronik di sini awal pagi ini gagal apabila perbuatan mereka disedari pengawal keselamatan kilang itu. Ketua Polis Daerah Klang, ACP Mohamad Mat Yusop, berkata dalam kejadian 5.40 pagi itu, pengawal keselamatan terbabit ternampak

semua suspek memakai topeng cuba memunggah masuk mesin ATM itu ke dalam sebuah lori. "Apabila menyedari perbuatan mereka dilihat, semua suspek lantas melarikan diri dan meninggalkan mesin itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mohamad berkata, pengawal keselamatan itu bagaimanapun gagal mengenal pasti nombor pendaftaran lori dan dua motosikal yang digunakan suspek kerana keadaan gelap ketika kejadian. Beliau berkata, siasatan awal mendapati bilik yang menempatkan mesin ATM itu tidak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV). - Bernama
RM3,000
BINA PENTAS BERGERAK KELILING BANDAR CHUKAI.
SINAR HARIAN EDISI TERENGGANU. 8 MAC 2010.

CHUKAI – Demi menjayakan perarakan sambutan Maulidur Rasul di daerah ini, Persatuan Sejarah Daerah Kemaman sanggup mengeluarkan peruntukan RM3,000 bagi menyiapkan rekaan pentas bergerak untuk digunakan mengelilingi Bandar Chukai sejauh 6.3 kilometer.Rekaan itu bagi menjayakan program sambutan besar-besaran Maulidur Rasul peringkat Daerah Kemaman yang dijadualkan berlangsung di Padang Astaka, 13 Mac ini. Pengerusinya, Engku Maznah Che Engku Awang berkata, peruntukan itu dikeluarkan bagi menyiapkan rekaan pentas bersaiz 8 x 8 kaki dan berketinggian dua kaki setengah serta menggunakan khidmat lebih 50 ahli Persatuan Sejarah. “Empat model akan digunakan untuk memperagakan pakaian zaman lama dalam bentuk jubah dan purdah. “Mereka akan berselawat dan duduk di pentas utama. Pentas bergerak ini mengelilingi Bandar Chukai, diikuti penyertaan daripada persatuan lain,” katanya. Menurutnya, menang ataupun kalah ditolak ke tepi kerana yang penting adalah menonjolkan semangat ahli persatuan berselawat ke atas junjungan besar Rasulullah. “Buat masa ini, semua yang terbabit sibuk berlatih sebelum tiba hari program,” katanya. Engku Maznah berkata, Persatuan Sejarah tidak pernah ketinggalan menyertai perarakan besar-besaran kerana pihaknya menitik beratkan aspek patriotisme setiap kali menghantar penyertaan. “Tahun lalu, kami juga mengadakan sambutan Bulan Kemerdekaan walaupun ketika itu semua umat Islam berpuasa. “Kali ini, walaupun perarakan akan menempuh cuaca panas, namun kami tetap bersemangat mahu menjayakannya,” katanya.