BERITA HARIAN, 28 JANUARI.
Menyedari masalah kesukaran untuk mencari arah kiblat setiap kali hendak solat ketika di negara kelahirannya, Thailand, mencetus idea kepada pelajar Tahun Tiga Kulliyah Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, Univevrsiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Yamilah Samae, mencipta peralatan khas bagi menyelesaikan masalah berkenaan.
Lebih membanggakan, alat yang diberi nama 'Guardian Prayer Aid' (GPA) yang turut dimanfaat oleh golongan yang cacat penglihatan itu direka bentuk sepenuhnya dalam masa tidak kurang dari tempoh tujuh minggu.
Dengan reka bentuk yang menarik serta mesra pengguna, GPA dilihat sebagai penyelesaian terbaik kepada masalah yang sering dihadapi oleh orang islam setiap kali ke luar negara, terutamanya negara bukan Islam.
Apabila berada di tengah bandaraya Bangkok, yang tidak ramai penduduk beragama Islam, menyukarkan saya untuk menentukan arah kiblat dengan tepat.
"Masalah ini membuatkan saya terfikir, sekiranya sekiranya kita yang mempunyai deria penglihatan pun mempunyai masalah seperti itu, apatah lagi mereka yang cacat penglihatan. Pastinya situasi ini lebih menyukarkan mereka. Jadi, saya membangunkan GPA ini selama hampir empat minggu sebelum membuat analisis dan penambahbaikkan," katannya ketika ditemui di UIAM,Gombak,Selangor, baru-baru ini.
Yamilah berkata, dengan menggunakan Sistem Kedudukan Global (GPS), peratan ini dapat mengesan arah kiblat dengan tepat sebaik penggunanya menghalakan bahagian hadapan ke arah tertentu.
Katanya, GPA akan mengeluarkan bunyi sebaik arah kiblat berjaya dikesan dan ini memudahkan pengguna menunaikan solat.
"Selain itu, saya turut menambah baik GPA ini dengan menambahkanya dengan bebola pada bahagian atas yang berfungsi seperti tasbih dan papan kekunci yang mempunyai tiga fungsi utama.
Sekiranya pengguna mahu berwirid, mereka perlu tekan butang pertama (mula), jika mahu berhenti perlu tekan butang tengah, dan sekiranya mahu menyambung balik perlu hanya perlu menekan butang yang ketiga.
"Kesemua ini masih dalam proses penilaian dan saya percaya GPA ini masih boleh ditambah baik fungsinya. Bagi memudahkan pengguna, kita turut meletakkan satu pin untuk memudahkan pengguna menyelitkannya pada poket baju sekiranya ingin membawanya kemana-mana," katanya.
Kongsep GPA itu menarik perhatian juri dan memenangi tempat pertama pada Persidangan Antrabangsa Dalam Reka Bentuk Alam Sekitar tahun lalu.
Keunikan GPA itu menarik perhatian kumpulan pemain industri ternama dunia dan pihak UIAM masih dalam perbincangan untuk mencari kaedah terbaik serta mengenalpasti kos yang paling memadai sebelum mengkomersialkan peralatan berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan