Selasa, 2 Mac 2010

ALAT KESAN VIRUS CIRIT-BIRIT MENANG ANUGERAH.
OLEH: LUQMAN HAKIM AB. RAHIM
luqmanhakim.abrahim@kosmo.com.my.

SHAH ALAM - Pensyarah Kanan, Fakulti Sains dan Kesihatan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr.Zuridah Hassan menggondol Anugerah Utama Reka Cipta, Inovasi dan Reka Bentuk UiTM(IDD UiTM 2010) menerusi penghasilan ayat yang dikenali sebagai RoNo Quick yang boleh mengesan Rotavirus dan
Norovirus.

Rotavirus
merupakan salah satu virus yang dikenal pasti punca penyakit cirit-birit di kalangan kanak-kanak manakala Norovirus pula merupakan sejenis virus cirit-birit yang menyerang semua peringkat usia.
Zuraida berkata, pada mulanya beliau membuat kajian mengenai alat pengasan Rotavirus semasa menyertai program penyelidikan dibawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)selama tiga bulan di Melbounre, Australia daripada Jun hingga Ogos 2008.

"Sekembalinya ke tanah airsaya meneruskkan kajian mengenai Norovirus dan mencipta alat pengesan dan mencipta alat viru cirit-birit dua dalam satu, RoNo Quick untuk Rotavirus dan Norovirus," katanya.

Beliau ditemui selepas menerima anugerah tersebut pada majlis penyampaian anugerah IDD UiTM 2010 yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Fadillah Yusof di UiTM Shah Alam.

Katanya, alat itu masih belum digunakan di dalam bidang perubatan dan Kementerian Kesihatan setakat ini hanya meluluskan penggunaan alat mengesan
Rotavirus.

Beliau berkata, RoNo Quick bertindak mengesan kehadiran Rotavirus dan Norovirus menerusi ujian terhadapnajis pesakit dan ia adalah satu peralatan yang mudah dan kos efektif.

Zuraidah bersama pelajar-pelajar yang membantu kajiannya itu membawa pulang hadiah wang tunai RM 5,000, piala iringan dan sijil selain turut memenangi Anugerah rekacipta IDD Kelas Berlian dan membawa pulang RM5,000, piala iringan dan sijil.-Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan