PINTU MASUK UTAMA GUNA AUTOGATE.
HARIAN METRO,RABU.
2010/03/03
SEPANG: Kementerian Dalam Negeri berjanji pemeriksaan di semua pintu masuk menggunakan sistem pagar automatik (Autogate) akan dipercepatkan dan mengambil masa tidak sampai satu minit. Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Mahmood Adam, berkata sistem berkenaan yang menjadi isu sejak kebelakangan ini kerana dilaporkan mengalami masalah sehingga melambatkan proses pemeriksaan pasport sudah dinaik taraf.

“Pintu masuk utama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) sudah dinaik taraf dan pemegang pasport hanya memerlukan masa lebih singkat berbanding sebelum ini,” katanya.
Menurutnya, sebelum ini sistem terbabit mengambil masa hingga 15 saat untuk pemeriksaan pasport, namun selepas dinaik taraf hanya tujuh saat diperlukan untuk urusan berkenaan.
Menurutnya, sebelum ini sistem terbabit mengambil masa hingga 15 saat untuk pemeriksaan pasport, namun selepas dinaik taraf hanya tujuh saat diperlukan untuk urusan berkenaan.
“Tidak ada sebarang kos diperlukan untuk tujuan menaik taraf sistem itu kerana ia sebahagian daripada kerja penyelenggaraan yang biasa dilakukan setiap tahun,” katanya selepas membuat lawatan mengejut ke Balai Pelepasan KLIA di sini, semalam.
Mahmood berkata, syarikat yang dilantik untuk kerja penyelenggaraan juga berjanji untuk melaksanakan tugas dengan baik bagi memastikan sistem berkenaan tidak mengalami sebarang masalah pada masa akan datang.
Sementara itu, Mahmood juga berkata KDN tidak menerima sebarang laporan mengenai penjualan organ manusia di kalangan rakyat tempatan.
“Tidak ada rekod di Malaysia berlaku penjualan organ manusia. Jual orang ada, tapi jual organ manusia tidak ada,” katanya.
Menurutnya, apa yang dilaporkan dalam akhbar mengenai penjualan organ manusia itu dianggap kurang tepat dan tidak langsung berlaku di sini.
“Kami sudah periksa dengan Ketua Polis Negara dan dimaklumkan bahawa tidak ada kes seumpama itu berlaku dalam negara,” katanya.
Mahmood berkata, kes yang membabitkan penjualan organ mangsa culik juga tidak berlaku dan polis tidak pernah menerima laporan berhubung kejadian seperti itu.
Mahmood berkata, kes yang membabitkan penjualan organ mangsa culik juga tidak berlaku dan polis tidak pernah menerima laporan berhubung kejadian seperti itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan