Selasa, 2 Mac 2010

SISTEM SMS ATASI KESESAKAN KLINIK.
KOSMO!.

JOHOR BAHRU - Sistem Pengurusan Penggiliran dan Peringatan Temu Janji (QMARS) dilihat berkesan mengatasi masalah kesesakan orang ramai di klinik-klinik kesihatan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, sistem yang dibangunkan Celcom Axiata Berhad menggunakan khimat pesanan ringkas (SMS) didapati praktikal untuk diperluaskan.
"Pesakit akan mandapat peringatan lima nombor sebelum sampai giliran merekan melalui SMS selain peringatan untuk datang ke klinik tiga hari sebelum hari temu janji.
"Sebelum itu pesakit seperti biasa mendaftar di kaunter pendaftaran termasuk memberikan nombor telefon bimbit mereka," katanya pada sidang media ketika meninjau penggunaan sistem berkenaan di Klinik Pesakit Luar Mahmoodiah di sini semalam.
Turut hadir ialah Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Mohd. Khairi Yaakob dan Naik Presiden Komunikasi Korporat Celcom, Datuk Najmuddin Abdullah.
Projek perintis itu dijalankan sejak empat bulan lalu dan berdasarkan tinjauan itu, Tiong Lai berpuas hati dengan respons positif daripada orang ramai.
Beliau berkata, sebelum itu klinik berkenaan mempunyai masa menunggu giliran pesakit 102.16 minit dan sekarang dapat dikurangkan kepada 53.38 minit.
Bagaimanapun katanya, beberapa isu pengurusan perlu diatasi sebelum memperluaskan sistem itu kepada klinik-klinik lain.
"Kita kena lihat siapa perlu tanggung kos SMS serta kos-kos lain. Jika sesuai, kita akan laksanakan di klinik yang sesak terutama di bandar besar," katanya.
Tambah beliau, pihaknya dalam usaha menaik taraf sistem perkhidmatan kauter termasuk mensasarkan 30 minit masa menunggu bagi setiap pesakit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan