Isnin, 8 Mac 2010

>BERFUNGSI 24 JAM SEHARI.
2010/01/03
METRO AHAD.
SISTEM Kedudukan Global atau GPS adalah sistem berasaskan radio yang memudahkan pengguna di darat, laut dan udara menentukan kedudukan sebenar serta tepat, di samping sebagai penyukat kelajuan. SISTEM Kedudukan Global atau GPS adalah sistem berasaskan radio yang memudahkan pengguna di darat, laut dan udara menentukan kedudukan sebenar serta tepat, di samping sebagai penyukat kelajuan.Sistem berkenaan berfungsi 24 jam sehari dalam apa juga keadaan cuaca dan di sebarang lokasi di dunia.Walaupun GPS banyak diguna pakai oleh tentera, kini kebanyakan pengguna komersial seperti syarikat pengangkutan awam dan perdagangan menggunakannya bagi mengesan 'kelakuan' pengangkutan mereka.
Berikutan keberkesanan sistem itu, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) mewajibkan semua pengusaha bas ekspres tempatan memasang GPS berkuat kuasa 18 Ogos 2008.Sistem terbabit digerakkan oleh 24 GPS satelit (21 aktif, tiga gantian) dan berada di kedudukan 10,600 batu dari bumi. Setiap empat daripada satelit terbabit akan berada di kedudukan selari bagi membantu pengguna.Setiap satelit mengandungi komputer, jam dan radio. Setiap hari, setiap satelit terbabit melakukan pemeriksaan dengan stesen utama di bumi bagi memastikan keberkesanannya untuk memberi perkhidmatan.Di bumi, alat penerima GPS yang mengandungi komputer mengeluarkan isyarat pemberitahuan lokasi yang diterima balas tiga daripada empat satelit.Hasilnya, pengguna menerima bacaan kedudukan geografi iaitu lokasi sebenar. Jika alat penerima isyarat GPS mempunyai skrin, ia mampu menunjukkan lokasi, peta, pergerakan, kelajuan dan anggaran waktu ketibaan di destinasi.
Ada juga GPS mampu menyimpan data yang membolehkan pengguna membuat rujukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan