Selasa, 2 Mac 2010

AKSES e-TANAH UNTUK SEMUA.
kosmo! SABTU 9 JANUARI 2010.

PULAU PINANG - Kejayaan perlaksaan progaram perintis e-Tanah iaitu perkhidmatan dalam talian dengan Pejabat Tanah dan Galian di Pulau Pinang mendorong kerajaan merangka pelan memperluaskan akses kemudahan tersebut ke seluruh negara.
Dua negeri yang selepas ini akan mendapat kemudahan yang itu ialah Melaka dan Negeri Sembilan.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata, perkhidmatan itu telah memberi kesan yang memberangsangkan serta mendapat sambutan baik orang ramai.
"Kita akan memperluaskan akses kepada program e-tanah ini tetapi secara berperingkat-peringkat,"katanya ketika melawat Pejabat Tanah dan Galian di Komtar di sini semalam.
Perkhidmatan e-tanah membolehkan orang ramai membuat pembayaran secara dalam talian dan mencetak resit pembayaran selain daripada menyemak data tanah mereka dan sebagainya.
Beliau berkata, sejak perkhimatan e-tanah dilaksanakan di negeri ini, sebanyak l50,o98 pemilik tanah telah membuat pembayaran berjumlah RM427.2 juta.
Ini menunjukkan keberkesanan sistem itu bagi memudahkan orang ramai tanpa perlu mengunjungi pejabat tanah," kata beliau.
Beliau menarik perhatian, kemudahan ini juga dapat mengelak kesesakan berurusan pada saat-saat akhir seperti mana yang biasa dilihat pada bulan November dan Disember setiap tahun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan