Selasa, 2 Mac 2010

UTeM uji produk pantau banjir .
HARIAN METRO.
2010/01/25

UNIVERSITI Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) akan bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) untuk menguji produk penyelidikan yang dihasilkan kumpulan penyelidiknya iaitu produk Sistem Pemantauan Banjir atau Flood Observatory System (FOS). UNIVERSITI Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) akan bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) untuk menguji produk penyelidikan yang dihasilkan kumpulan penyelidiknya iaitu produk Sistem Pemantauan Banjir atau Flood Observatory System (FOS). Kumpulan penyelidik daripada Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer, UTeM yang diketuai Siva Kumar Subramaniam sudah mendapat persetujuan MBMB untuk menempatkan FOS itu di Kampung Chetti, Melaka Tengah.
Ia berdasarkan perbincangan di Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), baru-baru ini.
Perbincangan dan sesi taklimat berkenaan produk itu diwakili Siti Azurah Ab Ghani dan Fadlina Mohni dari MBMB manakala UTeM pula diwakili Dr Azizah Shaaban dari Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM), Profesor Abdul Hamid Hamidon, Vigneswara Rao Gannapathy serta Siva Kumar.
Siva Kumar, berkata FOS adalah sistem asas yang berkeupayaan memantau keadaan paras air semasa banjir dengan menggunakan teknologi sistem pesanan ringkas (SMS).
Katanya, menerusi FOS ini, MBMB dapat memantau keadaan paras air di Kampung Chetti mengikut masa dan tidak terbatas kepada jarak atau kedudukan pemantau.
"MBMB tidak perlu ke lokasi bagi pemantauan tempat FOS ini dipasang untuk melihat atau mendapatkan paras air pada sesuatu masa," katanya. Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTeM, Profesor Madya Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah, berkata fasa 1 pemasangan sistem FOS akan dimulakan bulan ini di Kampung Chetti.
"Pemasangan FOS ini di tapak sebenar bertujuan menguji keberkesanan produk yang mendapat pengiktirafan di pameran dalam dan luar negara. "Saya berharap produk ini akan dapat dikomersialkan pihak yang berminat menggunakannya secara meluas terutama bagi pemantauan dan pengawalan banjir di Melaka dan seluruh negara," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan