RAJA MUDA PERLIS MAHU KEGIATAN SUKAN DIJADIKAN INDUSTRI YANG MENGUNTUNGKAN.
BERITA HARIAN. 08 MAC 2010 (ISNIN).
KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, mahu kegiatan sukan manjadi pemangkin kepada industri itu sekali gus menjadi industri yang menguntungkan atlet, aktivis sukan serta penyumbang kepada ekonomi negara. Baginda bertitah, kegiatan sukan jika dilihat secara positif boleh menguntungkan mereka yang terlibat serta melahirkan jaguh sukan yang boleh dibanggakan dan menaikkan nama negara. "Kegiatan sukan yang diceburi secara bersungguh-sungguh dan profesional akan membantu meningkatkan imej negara di mata dunia," titah baginda ketika menutup kejohanan olahraga tertutup Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) 2010 di UiTM Arau di sini, malam tadi.
Baginda turut menyarankan pemimpin sukan memperbanyakkan pelaksanaan dan meluangkan lebih masa mendengar masalah dan cadangan atlet, jurulatih persatuan serta peminat sukan bagi meningkatkan mutu sukan negara. Pelbagai kegiatan diadakan sempena penutupan kejohanan itu termasuk acara khas lari berganti-ganti membabitkan pegawai utama UniMAP termasuk Naib Canselor UniMAP, Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin. Turut hadir pada majlis penutupan kejohanan olahraga selama dua hari itu ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah dan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan