Selasa, 9 Mac 2010

UTHM CIPTA EMBag ELAK KECURIAN LAPTOP.
BERITA HARIAN. 28 JANUARI 2010.
0leh : Shafry Salim.

Kes kehilangan laptop yang sering dilaporkan di kampus menimbulkan kerisauan pelbagai pihak terutamanya pelajar. Kerugian bukan hanya melibatkan wang ringgit malah lebih menyukarkan segala maklumat dan dokumen serta hasil kerja yang terkandung didalamnya lesap.
Walaupun pelbagai usaha dilalkukan termasuk menyimpannya dengan kemas dan di letakkan di tempat strategik di dalam kereta namun ia masih dapat dikesan pencuri.
Bagi mengatasi masalah itu, sekumpulan penyelidik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang diketuai Ketus Pusat Keserasian Elektromagnet, Prof Zarar Mohd Jenu bersama penyelidik, Norarlina Mazlan berjaya menemui jalan penyelesaiannya.
Mereka berjaya menghasilkan rekaan terkini yang dikenali sebagai EMBag. Teknologi yang terkandung dalam EMBag dapat menghalang gelombang elektromagnet dikeluarkan daripada komputer riba yang ditinggalkan di dalam kereta. Halangan itu dapat mengelakkan komputer daripada dikesan oleh pencuri.
Mohd Zarar berkata, laptop yang telah ditutup kuasa baterinya masih mengeluarkan gelombang elektromagnet kerana jam yang terdapat di dalamnya masih lagi berfungsi.
Keadaan ini, kata beliau menyebabkan pencuri yang menggunakan peralatan khas dapat mengesan kedudukan laptop di dalam kereta.
"Penggunaan EMBag ini dapat meminimumkakn pengeluaran gelombang elektromagnet sehingga tidak dapat dikesan pencuri walaupun mereka menggunakan peralatan khas. Pemilik komputer riba hanya perlu memasukkan laptop mereka ke dalam EMBag sebelum menyimpannya kedalam beg asal," katanya.
Beliau berkata EMBag memiliki ciri unik memenangi pingat gangsa dalam Espo Penyelidikan dan Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa 2009 (PECIPTA '09) di pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) baru-baru ini.
Katanya, produk itu sedia dipasarkan dengan harga yang sangat kompetitif, bersesuaian dengan fungsinya.

1 ulasan:

  1. bagus 2. selamat dan jimat. klau dh selamat memg jimat la sebab x perlu bli ltop bru. lg pun harga ltop 2 bukannya 10sen.klau 10 sen x kisah sangat tp klau mahal ni... x makan setengah sem le jwabnye. huhuhu :-(

    BalasPadam