Selasa, 2 Mac 2010


Wanita derita salah bedah
HARIAN METRO.
2010/03/03

JEDDAH: Seorang wanita Palestin yang mengalami komplikasi akibat pembedahan plastik mengancam merujuk kesnya kepada Kementerian Kesihatan Arab Saudi serta menyaman pakar bedahnya. Menurut wanita itu, sejak menjalani pembedahan itu, dia menderita kerana bentuk muka dan kepalanya bertukar menjadi hodoh.
“Perasaan saya juga sangat terganggu,” katanya.
Menurut wanita itu, dua doktor membedahnya enggan bertemu setiap kali dia pergi ke klinik terbabit untuk mendapat rawatan.
Malah, katanya, doktor terbabit saling salah-menyalahkan di antara satu sama lain atas kesan dialaminya.
Apabila kes itu dirujuk kepada Jabatan Kesihatan di Jeddah, masalah itu masih gagal diatasi kerana ketua jabatan pembedahan di situ adalah doktor sama membedahnya sebelum ini.
“Dia mengesahkan laporan perubatan mendakwa tiada kesilapan berlaku, sebaliknya menuduh saya mengalami gangguan mental akibat keguguran rambut,” katanya.
“Kementerian Kesihatan juga mendapati doktor terbabit melakukan kesalahan apabila meninggalkan tugasnya di hospital kerajaan untuk menjalankan pembedahan ke atas saya,” katanya.
Justeru, dia merayu Menteri Kesihatan Arab Saudi, Dr Abdullah al-Rabeea, menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat isu berkenaan.
Sementara itu, perunding pembedahan yang mengetuai pasukan merawat mangsa, Dr Ibrahim Ashari, berkata seorang daripada doktor membedah wanita terbabit bukan pakar dalam bidang berkenaan.
Katanya, pembedahan itu dijalankan doktor tidak berpengalaman.
“Dia sebenarnya pakar membetulkan hidung,” katanya. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan