Isnin, 8 Mac 2010

PENGAWAL GAGALKAN CUBAAN LARIKAN ATM.
BERITA
HARIAN, 8 MAC 2010 (ISNIN).

PELABUHAN KLANG: Cubaan lima lelaki melarikan sebuah mesin tunai automatik (ATM) di sebuah kilang pengeluar alat elektronik di sini awal pagi ini gagal apabila perbuatan mereka disedari pengawal keselamatan kilang itu. Ketua Polis Daerah Klang, ACP Mohamad Mat Yusop, berkata dalam kejadian 5.40 pagi itu, pengawal keselamatan terbabit ternampak

semua suspek memakai topeng cuba memunggah masuk mesin ATM itu ke dalam sebuah lori. "Apabila menyedari perbuatan mereka dilihat, semua suspek lantas melarikan diri dan meninggalkan mesin itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mohamad berkata, pengawal keselamatan itu bagaimanapun gagal mengenal pasti nombor pendaftaran lori dan dua motosikal yang digunakan suspek kerana keadaan gelap ketika kejadian. Beliau berkata, siasatan awal mendapati bilik yang menempatkan mesin ATM itu tidak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV). - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan