Khamis, 11 Mac 2010

KAMERA VIDEO BERSAIZ POKET.
BERITA HARIAN (VARSITI), 28 JAN - 3 FEB 2010.
OLEH : NIK SUKRY RAMLI.


KODAK memperkenalkan kamera video digatal bersaiz poket untuk memudah peminat barangan berjenama itu memiliki dan membawanya.
Model Zi8 yang mula berada di pasaran Amerika Syarikat hujung tahun lalu itu mendapat sokonggan baik golongan remaja dan dijadikan satu hadiah pilihan sempena sambutan Hari Natal.
Walaupun bersaiz kecil tetapi kemanpuannya adalah setanding dengan kamera video digital yang lain dan bolej merakamkan imej sehingga 1080p atau 30'frame' sesaat.
Selain itu, Zi8 juga mempunyai kamera digital 5 mega piksel untuk merakam gambar. Model ini juga boleh dilengkapkan dengan penstabil imej binaan dalaman untuk mmengelak kesan gegaran dan mikrofon khas. Diperbuat daripada plastik tahan lasak, model Zi8 boleh disesuiakan dengan pelbagai persekitaran dan mudah untuk dikendalikan.
Kamera Video Poket Kodak Zi8 ini dijual di Amerika Syarikat pada harga USD 180 (RM611) dan ia boleh didapati di pasaran negara dalam tempoh terdekat.
  • INFO : 1. gambar kualiti 'High Definition' (HD) 1080p

2. Rakaman video sehingga 10 jam.

3. Monitor skrin LCD bersaiz 2.5 inci.

4. Serasi dengan Windows dan Mac.

Selasa, 9 Mac 2010

UTHM CIPTA EMBag ELAK KECURIAN LAPTOP.
BERITA HARIAN. 28 JANUARI 2010.
0leh : Shafry Salim.

Kes kehilangan laptop yang sering dilaporkan di kampus menimbulkan kerisauan pelbagai pihak terutamanya pelajar. Kerugian bukan hanya melibatkan wang ringgit malah lebih menyukarkan segala maklumat dan dokumen serta hasil kerja yang terkandung didalamnya lesap.
Walaupun pelbagai usaha dilalkukan termasuk menyimpannya dengan kemas dan di letakkan di tempat strategik di dalam kereta namun ia masih dapat dikesan pencuri.
Bagi mengatasi masalah itu, sekumpulan penyelidik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang diketuai Ketus Pusat Keserasian Elektromagnet, Prof Zarar Mohd Jenu bersama penyelidik, Norarlina Mazlan berjaya menemui jalan penyelesaiannya.
Mereka berjaya menghasilkan rekaan terkini yang dikenali sebagai EMBag. Teknologi yang terkandung dalam EMBag dapat menghalang gelombang elektromagnet dikeluarkan daripada komputer riba yang ditinggalkan di dalam kereta. Halangan itu dapat mengelakkan komputer daripada dikesan oleh pencuri.
Mohd Zarar berkata, laptop yang telah ditutup kuasa baterinya masih mengeluarkan gelombang elektromagnet kerana jam yang terdapat di dalamnya masih lagi berfungsi.
Keadaan ini, kata beliau menyebabkan pencuri yang menggunakan peralatan khas dapat mengesan kedudukan laptop di dalam kereta.
"Penggunaan EMBag ini dapat meminimumkakn pengeluaran gelombang elektromagnet sehingga tidak dapat dikesan pencuri walaupun mereka menggunakan peralatan khas. Pemilik komputer riba hanya perlu memasukkan laptop mereka ke dalam EMBag sebelum menyimpannya kedalam beg asal," katanya.
Beliau berkata EMBag memiliki ciri unik memenangi pingat gangsa dalam Espo Penyelidikan dan Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa 2009 (PECIPTA '09) di pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) baru-baru ini.
Katanya, produk itu sedia dipasarkan dengan harga yang sangat kompetitif, bersesuaian dengan fungsinya.
PENGESAN ARAH KIBLAT.
BERITA HARIAN, 28 JANUARI.

Menyedari masalah kesukaran untuk mencari arah kiblat setiap kali hendak solat ketika di negara kelahirannya, Thailand, mencetus idea kepada pelajar Tahun Tiga Kulliyah Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, Univevrsiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Yamilah Samae, mencipta peralatan khas bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

Lebih membanggakan, alat yang diberi nama 'Guardian Prayer Aid' (GPA) yang turut dimanfaat oleh golongan yang cacat penglihatan itu direka bentuk sepenuhnya dalam masa tidak kurang dari tempoh tujuh minggu.

Dengan reka bentuk yang menarik serta mesra pengguna, GPA dilihat sebagai penyelesaian terbaik kepada masalah yang sering dihadapi oleh orang islam setiap kali ke luar negara, terutamanya negara bukan Islam.

Apabila berada di tengah bandaraya Bangkok, yang tidak ramai penduduk beragama Islam, menyukarkan saya untuk menentukan arah kiblat dengan tepat.

"Masalah ini membuatkan saya terfikir, sekiranya sekiranya kita yang mempunyai deria penglihatan pun mempunyai masalah seperti itu, apatah lagi mereka yang cacat penglihatan. Pastinya situasi ini lebih menyukarkan mereka. Jadi, saya membangunkan GPA ini selama hampir empat minggu sebelum membuat analisis dan penambahbaikkan," katannya ketika ditemui di UIAM,Gombak,Selangor, baru-baru ini.

Yamilah berkata, dengan menggunakan Sistem Kedudukan Global (GPS), peratan ini dapat mengesan arah kiblat dengan tepat sebaik penggunanya menghalakan bahagian hadapan ke arah tertentu.

Katanya, GPA akan mengeluarkan bunyi sebaik arah kiblat berjaya dikesan dan ini memudahkan pengguna menunaikan solat.

"Selain itu, saya turut menambah baik GPA ini dengan menambahkanya dengan bebola pada bahagian atas yang berfungsi seperti tasbih dan papan kekunci yang mempunyai tiga fungsi utama.

Sekiranya pengguna mahu berwirid, mereka perlu tekan butang pertama (mula), jika mahu berhenti perlu tekan butang tengah, dan sekiranya mahu menyambung balik perlu hanya perlu menekan butang yang ketiga.
"Kesemua ini masih dalam proses penilaian dan saya percaya GPA ini masih boleh ditambah baik fungsinya. Bagi memudahkan pengguna, kita turut meletakkan satu pin untuk memudahkan pengguna menyelitkannya pada poket baju sekiranya ingin membawanya kemana-mana," katanya.
Kongsep GPA itu menarik perhatian juri dan memenangi tempat pertama pada Persidangan Antrabangsa Dalam Reka Bentuk Alam Sekitar tahun lalu.
Keunikan GPA itu menarik perhatian kumpulan pemain industri ternama dunia dan pihak UIAM masih dalam perbincangan untuk mencari kaedah terbaik serta mengenalpasti kos yang paling memadai sebelum mengkomersialkan peralatan berkenaan.

Isnin, 8 Mac 2010

RAJA MUDA PERLIS MAHU KEGIATAN SUKAN DIJADIKAN INDUSTRI YANG MENGUNTUNGKAN.
BERITA HARIAN. 08 MAC 2010 (ISNIN).

KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, mahu kegiatan sukan manjadi pemangkin kepada industri itu sekali gus menjadi industri yang menguntungkan atlet, aktivis sukan serta penyumbang kepada ekonomi negara. Baginda bertitah, kegiatan sukan jika dilihat secara positif boleh menguntungkan mereka yang terlibat serta melahirkan jaguh sukan yang boleh dibanggakan dan menaikkan nama negara. "Kegiatan sukan yang diceburi secara bersungguh-sungguh dan profesional akan membantu meningkatkan imej negara di mata dunia," titah baginda ketika menutup kejohanan olahraga tertutup Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) 2010 di UiTM Arau di sini, malam tadi.

Baginda turut menyarankan pemimpin sukan memperbanyakkan pelaksanaan dan meluangkan lebih masa mendengar masalah dan cadangan atlet, jurulatih persatuan serta peminat sukan bagi meningkatkan mutu sukan negara. Pelbagai kegiatan diadakan sempena penutupan kejohanan itu termasuk acara khas lari berganti-ganti membabitkan pegawai utama UniMAP termasuk Naib Canselor UniMAP, Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin. Turut hadir pada majlis penutupan kejohanan olahraga selama dua hari itu ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah dan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu. - Bernama
BLOG KHAS UNTUK MAKLUM BALAS GAJI MINIMUM.
BERITA HARIAN. 8 MAC 2010 (AHAD).
KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia akan melancarkan blog khas dalam tempoh dua minggu lagi bagi mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak termasuk majikan mengenai gaji minimum di sektor swasta. Menterinya, Datuk Dr S Subramaniam berkata demikian pada sidang media di sini sebentar tadi.
PENGAWAL GAGALKAN CUBAAN LARIKAN ATM.
BERITA
HARIAN, 8 MAC 2010 (ISNIN).

PELABUHAN KLANG: Cubaan lima lelaki melarikan sebuah mesin tunai automatik (ATM) di sebuah kilang pengeluar alat elektronik di sini awal pagi ini gagal apabila perbuatan mereka disedari pengawal keselamatan kilang itu. Ketua Polis Daerah Klang, ACP Mohamad Mat Yusop, berkata dalam kejadian 5.40 pagi itu, pengawal keselamatan terbabit ternampak

semua suspek memakai topeng cuba memunggah masuk mesin ATM itu ke dalam sebuah lori. "Apabila menyedari perbuatan mereka dilihat, semua suspek lantas melarikan diri dan meninggalkan mesin itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mohamad berkata, pengawal keselamatan itu bagaimanapun gagal mengenal pasti nombor pendaftaran lori dan dua motosikal yang digunakan suspek kerana keadaan gelap ketika kejadian. Beliau berkata, siasatan awal mendapati bilik yang menempatkan mesin ATM itu tidak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV). - Bernama
RM3,000
BINA PENTAS BERGERAK KELILING BANDAR CHUKAI.
SINAR HARIAN EDISI TERENGGANU. 8 MAC 2010.

CHUKAI – Demi menjayakan perarakan sambutan Maulidur Rasul di daerah ini, Persatuan Sejarah Daerah Kemaman sanggup mengeluarkan peruntukan RM3,000 bagi menyiapkan rekaan pentas bergerak untuk digunakan mengelilingi Bandar Chukai sejauh 6.3 kilometer.Rekaan itu bagi menjayakan program sambutan besar-besaran Maulidur Rasul peringkat Daerah Kemaman yang dijadualkan berlangsung di Padang Astaka, 13 Mac ini. Pengerusinya, Engku Maznah Che Engku Awang berkata, peruntukan itu dikeluarkan bagi menyiapkan rekaan pentas bersaiz 8 x 8 kaki dan berketinggian dua kaki setengah serta menggunakan khidmat lebih 50 ahli Persatuan Sejarah. “Empat model akan digunakan untuk memperagakan pakaian zaman lama dalam bentuk jubah dan purdah. “Mereka akan berselawat dan duduk di pentas utama. Pentas bergerak ini mengelilingi Bandar Chukai, diikuti penyertaan daripada persatuan lain,” katanya. Menurutnya, menang ataupun kalah ditolak ke tepi kerana yang penting adalah menonjolkan semangat ahli persatuan berselawat ke atas junjungan besar Rasulullah. “Buat masa ini, semua yang terbabit sibuk berlatih sebelum tiba hari program,” katanya. Engku Maznah berkata, Persatuan Sejarah tidak pernah ketinggalan menyertai perarakan besar-besaran kerana pihaknya menitik beratkan aspek patriotisme setiap kali menghantar penyertaan. “Tahun lalu, kami juga mengadakan sambutan Bulan Kemerdekaan walaupun ketika itu semua umat Islam berpuasa. “Kali ini, walaupun perarakan akan menempuh cuaca panas, namun kami tetap bersemangat mahu menjayakannya,” katanya.
>BERFUNGSI 24 JAM SEHARI.
2010/01/03
METRO AHAD.
SISTEM Kedudukan Global atau GPS adalah sistem berasaskan radio yang memudahkan pengguna di darat, laut dan udara menentukan kedudukan sebenar serta tepat, di samping sebagai penyukat kelajuan. SISTEM Kedudukan Global atau GPS adalah sistem berasaskan radio yang memudahkan pengguna di darat, laut dan udara menentukan kedudukan sebenar serta tepat, di samping sebagai penyukat kelajuan.Sistem berkenaan berfungsi 24 jam sehari dalam apa juga keadaan cuaca dan di sebarang lokasi di dunia.Walaupun GPS banyak diguna pakai oleh tentera, kini kebanyakan pengguna komersial seperti syarikat pengangkutan awam dan perdagangan menggunakannya bagi mengesan 'kelakuan' pengangkutan mereka.
Berikutan keberkesanan sistem itu, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) mewajibkan semua pengusaha bas ekspres tempatan memasang GPS berkuat kuasa 18 Ogos 2008.Sistem terbabit digerakkan oleh 24 GPS satelit (21 aktif, tiga gantian) dan berada di kedudukan 10,600 batu dari bumi. Setiap empat daripada satelit terbabit akan berada di kedudukan selari bagi membantu pengguna.Setiap satelit mengandungi komputer, jam dan radio. Setiap hari, setiap satelit terbabit melakukan pemeriksaan dengan stesen utama di bumi bagi memastikan keberkesanannya untuk memberi perkhidmatan.Di bumi, alat penerima GPS yang mengandungi komputer mengeluarkan isyarat pemberitahuan lokasi yang diterima balas tiga daripada empat satelit.Hasilnya, pengguna menerima bacaan kedudukan geografi iaitu lokasi sebenar. Jika alat penerima isyarat GPS mempunyai skrin, ia mampu menunjukkan lokasi, peta, pergerakan, kelajuan dan anggaran waktu ketibaan di destinasi.
Ada juga GPS mampu menyimpan data yang membolehkan pengguna membuat rujukan.

Ahad, 7 Mac 2010

Pusat kemudahan sel stem diterus
METRO. 2010/03/08

CYBERJAYA: Kerajaan Pahang akan meneruskan usaha menjadikan negeri itu sebagai pusat kemudahan pembuatan sel stem terbesar dunia walaupun wujud pandangan negatif mengenai idea berkenaan.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, berkata pihaknya sedar mengenai bantahan yang dikemukakan pihak tertentu terhadap kaedah rawatan sel stem yang dikatakan mampu merawat penyakit sukar termasuk Sindrom Down.
“Saya ada mendengar kata-kata tidak senang mengenai kaedah rawatan ini dengan alasan ia belum boleh dipercayai dan Barat tidak mengiktiraf kaedah itu.
“Saya tidak kisah sama ada orang percaya atau tidak kerana apa yang penting lihat pada keputusan yang dihasilkan. Jangan fikir sama ada Barat terima atau tidak,” katanya.
Menurutnya, kaedah berkenaan yang pernah digunakan kepada anak saudaranya menampakkan hasil memberangsangkan.
“Anak saudara saya mengalami Sindrom Down dan dia menunjukkan hingga 80 peratus perubahan. Jadi, percaya atau tidak, hasilnya dapat dilihat,” katanya selepas perhimpunan Majlis Mahasiswa Anak Pahang (Mampan) dan pelancaran sambutan sedekad Mampan (1999-2009) di Universiti Multimedia, di sini, semalam.
TIPU GUNA AIR PAIP.
Oleh AHMAD SYAHIR KASSIM, KOSMO 08 MAC 2010.
syahir.kassim@kosmo.com.my.
Md. Hussain (kiri) meneliti label produk minuman yang didakwa air penyejuk badan ketika serbuan di kilang pengeluarnya di Jitra semalam.
JERLUN - Seorang pengusaha di sini berjaya memperdayakan ribuan pengguna sejak tiga tahun lalu dengan menghasilkan produk minuman penyejuk badan yang sebenarnya diperbuat daripada air paip.
Teknik penghasilan produk itu amat mudah iaitu menggunakan air paip yang ditapis sebelum dicampur dengan sejenis bahan yang belum dikenal pasti dan dijual dengan harga RM1 sebotol.
Kegiatan pengusaha itu bagaimanapun dihidu pihak berkuasa sebelum premisnya di Jalan Alor Setar-Kangar di sini diserbu oleh lapan kakitangan Jabatan Kesihatan Daerah Kubang Pasu semalam.
Hasil siasatan mereka mendapati produk itu juga tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan.
Ketua Penolong Pegawai Kesihatan Dae- rah Kubang Pasu, Md. Hussain Lebai Yusof berkata, produk itu bukan minuman kesi- hatan tetapi hanya air minuman berasaskan air paip.

Khamis, 4 Mac 2010

Cemburu arwah ada teman baru
2010/03/05 ,HARIAN METRO

ALOR STAR: “Kami sekeluarga pernah menasihatkan arwah supaya menjauhkan diri daripada wanita terbabit kerana mereka kelihatan seperti pasangan kekasih,” kata Shafinaz Mohd Shariff, 40, kakak Suhana, 26, yang maut selepas ditikam tujuh kali oleh rakan sekerjanya yang juga wanita di Lorong Kristal, Taman Kristal, malam kelmarin. Menurutnya, dia banyak kali menasihatkan adiknya itu, tetapi arwah tetap mahu berkawan dengan wanita terbabit.
“Wanita itu mungkin cemburu kerana arwah kini berkawan dengan seorang lelaki yang baru dikenalinya dan mungkin itu puncanya mereka bergaduh,” katanya ditemui di Unit Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, semalam.
Katanya, dia pernah melarang adiknya berkawan terlalu rapat dengan suspek kerana bimbang ia akan menimbulkan masalah antara mereka berdua.
“Saya bimbang kerana mereka terlalu rapat sehingga nampak seperti pasangan kekasih. Mereka sudah lama berkawan iaitu sejak tujuh tahun lalu dan hubungan mereka sangat baik hingga sekarang.
“Pada mulanya kami tidak mengesyaki apa-apa kerana mereka berdua seperti adik-beradik, tetapi lama kelamaan kami nampak hubungan itu sudah lain, seperti sepasang kekasih.
“Suspek juga pernah datang ke rumah kami beberapa kali termasuk makan bersama dan sebab itu saya tidak sangka dia sanggup bertindak di luar batasan (tikam arwah),” katanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam kelmarin, Suhana dari Kota Tanah di sini, ditemui terbaring di belakang Perodua Viva putih miliknya manakala suspek yang berusia 33 tahun cedera parah di dada dan tangan kiri selepas menikam dirinya.
Difahamkan, seorang pengawal keselamatan dikenali Mohd Faizal yang membuat rondaan di kawasan lorong berkenaan terkejut melihat kedua-duanya terbaring menahan kesakitan berhampiran kereta berkenaan.
Pengawal terbabit terus menghubungi ambulans dan polis untuk memaklumkan kejadian itu.
Sementara itu, jenazah Suhana selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Seberang Perak, di sini, selepas solat Asar semalam.
Suasana hiba menyelubungi keluarga Suhana, malah ada yang menitiskan air mata kerana tidak dapat menahan sedih berikutan kematian mangsa.
Tikam bertubi-tubi
Oleh Mohamad Hussinmohamad@hmetro.com.my2010/03/05

ALOR STAR: Akibat cinta terlarang, seorang jurujual wanita maut di tangan rakan sekerjanya yang juga seorang wanita selepas ditikam tujuh kali dengan sebilah pisau pemotong sayur di perut dipercayai bermotifkan cemburu dalam kejadian di belakang Lorong Kristal, Taman Kristal di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian jam 10 malam itu, mangsa, Suhana Mohd Shariff, 26, dari Kota Tanah di sini, ditemui terbaring di belakang Perodua Viva putih miliknya, manakala suspek berusia 33 tahun cedera parah di dada dan tangan kiri selepas menikam diri sendiri.
Difahamkan, seorang pengawal keselamatan dikenali sebagai Mohd Faizal yang ketika itu membuat rondaan di lorong berkenaan menemui kedua-dua wanita terbaring menahan kesakitan berhampiran kereta berkenaan.
Pengawal terbabit segera menghubungi ambulans dan polis bagi memaklumkan kejadian itu.
Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, manakala ‘teman lelakinya’ ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan kerana kecederaan serius di dada.
Difahamkan, kedua-dua wanita bekerja sebagai jurujual di sebuah kedai menjual alat tulis berhampiran Terminal Bas dan Teksi Shahab Perdana di sini dan berkawan sejak dua tahun lalu.
Sebelum kejadian, mereka dipercayai bertengkar dalam kereta berkenaan sebelum suspek menikam mangsa tujuh kali di perutnya.
Sejurus melihat mangsa terbaring kesakitan, suspek terus mengelar pergelangan tangan kirinya sendiri sebelum menikam dadanya menggunakan pisau sama.
Ketua Polis Daerah Kota Star, Asisten Komisioner Abdul Ghafar Rajab, berkata ketika pasukan polis tiba di tempat kejadian, kedua-dua wanita sudah dihantar ke HSB untuk rawatan.
Bagaimanapun, katanya Suhana disahkan meninggal dunia pada jam 11.35 malam di HSB, manakala suspek masih tidak sedarkan diri dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.
“Siasatan awal mendapati mangsa ialah teman rapat suspek berdasarkan beberapa bahan bukti termasuk gambar dan hadiah yang ditemui dalam keretanya selain mendapati nombor pendaftaran kereta Suhana iaitu 8477 juga mungkin disesuaikan dengan tahun kelahiran mereka,” katanya.
Menurutnya, suspek dipercayai tidak puas hati dengan mangsa dan terus menikamnya tujuh kali di perut menggunakan sebilah pisau pemotong sayur sepanjang 17.8 sentimeter.
“Selepas melihat mangsa dalam keadaan separuh sedar akibat tikaman itu, suspek terus mengelar pergelangan tangan kirinya beberapa kali dalam cubaan membunuh diri,” katanya di sini, semalam.
Bagaimanapun, katanya, suspek yang melihat dirinya tidak cedera terus menikam dadanya beberapa kali sebelum rebah di belakang kereta milik Suhana.
Abdul Ghafar berkata, menurut saksi kejadian, kedua-dua wanita berada di luar kereta berkenaan dalam keadaan parah dan polis percaya pergaduhan bermula dari dalam kereta kerana ada kesan darah di tempat duduk pemandu serta penumpang hadapan.
“Mangsa keluar dari keretanya untuk menyelamatkan diri manakala suspek mengekori dari belakang. “Bagaimanapun, kedua-duanya ditemui terbaring di belakang kereta berikutan kecederaan yang dialami.
“Kami turut menemui sebilah pisau yang digunakan suspek di kawasan sawah berhampiran tempat kejadian,” katanya sambil menyatakan polis akan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bangunan berhampiran bagi membantu siasatan.
Menurutnya, polis sedang menunggu keputusan bedah siasat terhadap mayat mangsa yang berasal dari Lorong Kenanga di sini, manakala suspek yang tinggal di Seberang Nyonya di sini, belum direkodkan kenyataan berikutan masih tidak sedarkan diri.
Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Kongsi artikel ini menerusi media sosial
Gempa susulan 6.1 gegar tengah Chile
BERITA HARIAN. 4 MAC 2010. KHAMIS.
WASHINGTON: Gempa bumi susulan dengan kekuatan 6.1 pada skala Richter mengegarkan tengah Chile, empat hari selepas gempa bumi kuat berukuran 8.8 membunuh lebih 800 orang. Pusat Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS) menyatakan gempa bumi pada kedalaman 34 kilometer (km) berpusat di dasar lautan kira-kira 39km ke barat Valparaiso pada jam 10.59 malam (8.59 pagi waktu Malaysia). Chile dilanda kira-kira 150 gempa susulan sejak Sabtu lalu. - Reuters
6 PRODUK KOSMETIK DIKESAN BERACUN.
METRO.06 MAC 2010.

KUALA LUMPUR: Enam produk kosmetik keluaran empat syarikat dikesan mengandungi racun berjadual 'tretinoin' dan 'hydroquinone' yang boleh membahayakan kesihatan, kata Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Eisah A Rahman. Beliau berkata enam produk terbabit ialah Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya, Ratna Sari Whitening Night Cream, Atika Beuty Renewel Night Cream, Chantique Whitening Night Cream, NV Toner Treatment No 1 dan NV Toner Treatment No 2. Katanya, penggunaan Tretinoin dan Hydroquinone adalah tidak dibenarkan di dalam produk kosmetik kerana boleh membawa kesan sampingan kepada pengguna sekiranya digunakan tanpa nasihat doktor.

"Tretinoin boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, kulit mengelupas dan hipertensif kepada cahaya matahari manakala hydroquinone juga memberikakan kesan yang sama kecuali perubahan pada warna kulit malah kulit menjadi hipersensitif. "Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi di mana proses ini mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultra ungu dan sinaran matahari berlebihan yang boleh memberi risiko kanser kulit," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan turut menasihatkan semua pemilik stok supaya menghentikan penjualan dan penggunaan produk itu serta-merta dan penjual diingatkan bahawa pemilikan untuk jualan produk-produk itu adalah melanggar Peraturan-Peraturan Dadah dan Kosmetik 1984.
"Di bawah peraturan ini, individu-individu yang melakukan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. "Syarikat-syarikat yang melakukan kesalahan pula boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya," katanya. Produk-produk tersebut dikilangkan oleh Re-X Products Co. Ltd Thailand, SKY Resources Sdn Bhd, Chemi Lab Cosmetic Industries dan Maxbeuty Industries Sdn Bhd. - Bernama
FERRARI PERKENAL SPORT HIBRID.
KOSMO! KHAMIS, 4 MAC 2010.


KERETA sport Ferrari hibrid diperkenalkan di Geneva Motor Show, Geneva semalam.
GENEVA - Pembuat kereta sport dari Itali, Ferrari memperkenalkan model yang merupakan sebuah kenderaan hibrid elektrik dan mampu memecut selaju 321 kilometer sejam (km/j), lapor sebuah akhbar semalam.
Kereta yang dibina berasaskan model Ferrari 559 GTB Fiorano itu boleh bertukar antara kuasa elektrik tanpa mengeluarkan sebarang asap, kuasa petrol atau gabungan kedua-duanya.
Prototaip yang membuat penampilan pada hari pembukaan Geneva Motor Show di Switzerland itu telah memberi kejutan kepada pengunjung pameran tersebut.
Jurucakap Ferrari memberitahu, pihaknya telah mengaplikasikan teknologi kereta lumba Formula Satu miliknya semasa mereka bentuk dan membina motor elektrik baru terhadap kereta Ferrari 599.
Kereta Ferrari 599 itu menggunakan motor elektrik bagi 'membantu' enjin V12 bersesaran 6.0 liternya.
Sesuai dengan konsep mesra alam, kereta itu dicat dengan warna hijau metalik.
Model itu dijangka dijual pada harga dua kali ganda model petrolnya, 559 GTB Fiorano yang kini berharga AS$311,518 (RM1.05 juta).
Namun, apabila teknologi tersebut telah berusia empat tahun, harga sebuah kereta itu mungkin di bawah AS$451,488 (RM1.52 juta).
Semasa ia membrek, komponen elektrik pada sistem hibrid akan menyimpan tenaga yang terhasil dan digunakan untuk mengecaj bateri.
Satu lagi syarikat pembuat kereta berprestasi tinggi, Porsche mempamerkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) Cayenne S versi hibrid.
Turut dipamerkan ialah Porsche 918 Spyder hibrid.
Kumpulan PSA Peugeot Citroen SA juga tidak ketinggalan melancarkan model hibrid keluarannya pada tahun 2012 di pameran itu. - Agensi
SERBUAN ISRAEL DITANGGUH KERANA FACEBOOK.
KOSMO! KHAMIS 4 MAC 2010.

SEORANG anggota keselamatan Israel mengawal kerja-kerja pembinaan halangan di Beit Jala, Tebing Barat semalam.
BAITULMUQADDIS - Seorang askar Israel digantung tugas selepas didapati mendedahkan maklumat terperinci mengenai satu serbuan pasukan itu di Palestin menerusi laman rangkaian sosial Facebook, lapor sebuah stesen radio Israel semalam.
Askar tersebut dari unit artileri Israel dilaporkan mengemas kini halaman dirinya itu dengan memberitahu semua rakannya bahawa dia akan terlibat dalam satu operasi di Qatanna semalam dan dijangka kembali ke rumah pada hari ini.
Beberapa askar lain dari unit itu yang menyedari kiriman mesej tersebut segera memaklumkan perkara itu kepada pegawai mereka dengan menyebabkan operasi di perkampungan Palestin dekat Ramallah itu terpaksa dibatalkan.
Halaman Facebook milik askar itu juga didapati mengandungi banyak maklumat terperinci mengenai unit tempat dia sedang bekerja selain waktu dan lokasi tepat berhubung operasi yang dilakukan di Qatanna dalam wilayah Tebing Barat, Palestin.
Tentera Israel belum mengeluarkan sebarang ulasan manakala maklumat diri askar itu tidak dinyatakan.
Namun, sebuah stesen radio tentera Israel melaporkan, askar tersebut tidak menyukai perkhidmatannya di unit berkenaan.

Ekoran kes itu, dia digantung daripada berkhidmat di unit tersebut. - AFP

Rabu, 3 Mac 2010

47 1st International Malaysian Educational Technology Convention
APLIKASI KOMPUTER DALAM PENGAJARAN BAHASA: PENGUASAAN
GURU DAN KEKANGAN DALAM PELAKSANAAN
Yahya Othman, PhD, Roselan Baki, PhD
Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan
Fakulti Pengajian Pendidikan
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM, Serdang
Selangor
yahyaoth@gmail.com, roselanbaki@hotmail.com
ABSTRAK
Pengajaran bahasa dengan menggunakan komputer adalah antara kaedah pengajaran yang
dianggap bersesuaian dengan keperluan pendidikan kini. Penggunaan komputer dalam
pengajaran bahasa mampu mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru dan penguasaan
kemahiran bahasa pelajar. Persoalannya ialah sejauh manakah guru Bahasa Melayu (BM)
melaksanakan pengajaran menggunakan komputer dan tahap penguasaan guru serta kekangan
yang dihadapi. Maka kajian secara tinjauan ini meneliti tahap dan kekangan dalam
melaksanakan pengajaran bahasa menggunakan komputer. Di samping itu, kajian juga mengkaji
kekangan yang mengganggu pelaksanaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.
Sampel kajian terdiri daripada 87 guru BM di sekitar daerah Hulu Langat, Selangor. Dapatan
kajian menunjukkan sampel kajian menguasai konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer
dan kebanyakan mereka telah mengikuti kursus asas komputer. Kursus yang berkaitan
penyediaan bahan pengajaran multimedia, penggunaan internet dan pembinaan laman web agak
kurang diberikan perhatian. Kesan pengajaran BM menggunakan komputer kepada pelajar agak
positif terutamanya kepada pelajar yang cerdas. Kekangan utama yang dihadapi oleh guru
dalam menjalankan pengajaran BM berbantukan komputer ialah guru kurang mahir
mengendalikan komputer untuk pengajaran dan pelajar kurang berminat dalam pembelajaran.
PENGENALAN
Dalam memperkatakan teknologi dalam pendidikan, Grove et al. (2004) menyatakan nilai
teknologi di dalam bilik darjah telah menimbulkan isu dan perdebatan dalam kalangan ahli
teknologi pendidikan. Teknologi telah dibuktikan dapat meningkatkan produktiviti, menambahkan
motivasi, menyokong pengajaran secara tidak langsung, kebolehan pengajaran yang bersifat
unik, dan meningkatkan literasi maklumat (Roblyer & Schwier, 2003). Justifikasi ini timbul di
dalam iklim kritikan berasaskan pelaburan yang besar dalam teknologi yang diragui
keberkesanannya (Cuban, 2001). Dalam hal ini, ahli teori telah meletakkan diri mereka sebagai
penyokong kepada perspektif yang menjurus kepada efektifnya penggunaan teknologi.
Dalam hal ini, Ertmer (1999) dan Hokanson & Hooper (2004) telah mengkaji penggunaan secara
efektif keperluan teknologi yang semakin bertambah dan ingin melihat cara guru menggunakan
teknologi dan sebab mereka menggunakannya. Mereka juga memfokuskan peranan utama
pendekatan pedagogi yang digunakan dalam pengajaran di bilik darjah. Terdapat beberapa isu
yang sering dikaitkan dalam pengajaran menggunakan komputer. Stallard (1998) dalam
kajiannya menyatakan bahawa keadaan yang menjadikan pengajaran tersebut tidak berkesan
ialah kurangnya persediaan guru untuk membangunkan pengajaran yang berbantukan komputer.
Di samping itu terdapat juga permasalahan dari segi hardware untuk perisian kursus, sikap guru,
pentadbir, latihan, galakan keluarga dan pengaruh komuniti yang mempengaruhi keberkesanan
pelaksanaan dalam bilik darjah (Moersch, 1995).
48 1st International Malaysian Educational Technology Convention
Pengajaran Bahasa Malaysia (BM) tidak terkecuali daripada pengaruh teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK). Walaupun pelajaran BM hanya melibatkan penguasaan kemahiran bahasa
yang kelihatannya agak mudah untuk dikuasai, namun masih terdapat beberapa isu yang
dianggap boleh mengganggu keberkesanan pengajaran . Masalah tersebut termasuklah
penguasaan kemahiran asas BM seperti lisan, membaca dan menulis. Pada tahap yang lebih
tinggi, masih terdapat pelajar yang tidak dapat memahami teks yang dibaca dengan sempurna.
Di samping itu, pada tahap sekolah menengah, penguasaan menulis juga masih lagi perlu diberi
perhatian untuk memastikan objektif pengajaran BM tercapai.
Oleh hal yang demikian, penggunaan komputer dalam pengajaran BM dilihat sebagai satu usaha
yang sesuai untuk memberikan impak terhadap permasalahan yang dihadapi. Sebagai alat
bantu pengajaran yang terkini sifatnya, penggunaan komputer dilihat sebagai usaha yang mampu
mengubah persepsi pelajar terhadap pembelajaran BM. Guru BM sebagai pengendali
pengajaran, perlu mempunyai keterampilan dalam mengendalikan pengajaran bahasa berbantu
komputer. Walaupun terdapat kesukaran dalam melaksanakannya, guru perlu bersedia dengan
kemahiran dan pengetahuan selaras dengan keperluan pendidikan kini yang memerlukan
pengajaran lebih berpusatkan pelajar.
Oleh itu, kajian ini cuba mengkaji pemahaman guru BM terhadap konsep pengajaran bahasa
berbantukan komputer, tahap penguasaan komputer, kursus yang dihadiri, masalah yang
dihadapi dan penyelesaiannya.
Objektif kajian
1. Mengkaji sejauh manakah pemahaman guru BM terhadap konsep pengajaran bahasa
berbantukan komputer.
2. Mengkaji tahap penguasaan komputer dalam kalangan guru BM.
3. Mengkaji persepsi guru terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran BM.
4. Mengkaji masalah yang dihadapi oleh guru BM dalam mengaplikasikan komputer
dalam pengajaran.
Kaedah kajian
Kajian dilaksanakan secara deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Sebanyak 87 guru
BM dijadikan sampel kajian ini yang meliputi guru BM yang mengajar di beberapa buah sekolah
di Selangor. Sampel kajian dipilih secara rawak. Soal selidik digunakan untuk mendapatkan
data berkaitan penggunaan dan penguasaan komputer dalam pengajaran BM. Item dalam soal
selidik meliputi pandangan terhadap pengajaran bahasa berbantukan komputer, latihan dan
tahap penguasaan, pelaksanaan dan hubungannya dengan penguasaan bahasa pelajar,
kekangan dalam pelaksanaan dan cara mengatasi masalah tersebut. Data yang diperoleh
dianalisis dengan menggunakan SPSS dan dinyatakan dalam bentuk peratusan dan min.
DAPATAN KAJIAN
Konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer (PBBK)
Sebagai guru BM, mereka sepatutnya memahami konsep penggunaan komputer di dalam bilik
darjah. Berdasarkan dapatan kajian, didapati sampel kajian menunjukkan pemahaman yang
pelbagai terhadap konsep PBBK.
49 1st International Malaysian Educational Technology Convention
Jadual 1: Konsep PBBK
Pernyataan %
Pelajar mempelajari bahasa menggunakan komputer dengan
kehadiran guru bersama-sama 51.7
Pelajar mempelajari bahasa menggunakan komputer tanpa
kehadiran guru 18.4
Pelajar mempelajari aspek bahasa (contohnya, tatabahasa)
dengan menggunakan komputer 32.2
Pelajar menggunakan enjin pencari (seperti google) untuk mencari
fakta ketika menulis karangan 40.2
Pengajaran bahasa apabila guru menggunakan projektor LCD
sebagai alat bantu mengajar dalam sebahagian dari pengajarannya 39.1
Pelajar mempelajari cara menulis karangan atau surat dengan
menggunakan pemprosesan perkataan (microsoft word) 28.7
Pelajar mempelajari bahasa dengan menggunakan perisian
pembelajaran yang terdapat di dalam CD 44.8
Pelajar belajar bahasa melalui pembelajaran jarak jauh
menggunakan komputer. 17.2
Berdasarkan dapatan tersebut, didapati pemahaman sampel kajian terhadap PBBK adalah
pelbagai. Kepelbagaian ini banyak dipengaruhi oleh faktor pendedahan, peluang dan komitmen
yang ditunjukkan dalam pelaksanaan pengajaran. Kebanyakan sampel kajian menyatakan
bahawa konsep PBBK adalah pelajar mempelajari bahasa menggunakan komputer dengan
kehadiran guru bersama-sama (51.7%).
Pada dasarnya, PBBK dilaksanakan dengan pelajar berinteraksi dengan bahan yang tersedia di
dalam komputer. Pelajar akan menggunakan bahan tersebut dengan bantuan guru. Bagi
konsep yang kedua tertinggi dari segi peratus (44.8%) menyatakan pelajar mempelajari bahasa
dengan menggunakan perisian pembelajaran yang terdapat di dalam CD. Pemilihan konsep ini
dilihat signifikan apabila guru menggunakan CD pembelajaran yang terdapat di pasaran bagi
membantunya mengajar. Pelajar dapat mempelajari bahasa dengan mengikuti bahan
pembelajaran yang terdapat di dalam CD dan guru melakukan pemantauan pembelajaran.
Konsep ketiga yang menjadi pilihan guru (40.2%) ialah pelajar menggunakan enjin pencari
(seperti google) untuk mencari fakta ketika menulis karangan. Hal ini bermakna, guru memikirkan
PBBK perlu dikaitkan dengan penggunaan internet yang banyak memberikan maklumat kepada
pelajar terutama ketika menguasai kemahiran bahasa seperti menulis karangan. Bagi pilihan
keempat, sampel memilih konsep PBBK sebagai pengajaran bahasa yang menggunakan
projektor LCD sebagai alat bantu mengajar (39.1%).
Bahan bantu mengajar jenis elektronik dikaitkan dengan PBBK kerana keperluannya dalam
pengajaran tersebut. Selain penggunaan projektor LCD, penggunaan bahan bantu elektronik
yang lain juga mampu meningkatkan minat dan pemahaman pelajar. Konsep yang dianggap
kurang dipersetujui bagi pentafsiran PBBK ialah pelajar belajar bahasa melalui pembelajaran
jarak jauh menggunakan komputer (17.2%). Ini kerana diandaikan sampel kajian tidak
mengambil kira aspek pembelajaran jarak jauh sebagai menepati konsep PBBK kerana tiada
guru yang dapat membimbing pelajar apabila wujud masalah pembelajaran.
Penggunaan komputer dalam pengajaran BM
Sampel kajian juga menyatakan pandangannya terhadap penggunaan komputer di dalam
pengajaran BM. Dapatan kajian dinyatakan seperti jadual 2 di bawah.
50 1st International Malaysian Educational Technology Convention
Jadual 2: Penggunaan komputer dalam pengajaran BM
Pernyataan min SP
Saya pernah menggunakan komputer dalam
pengajaran BM
2.67 .944
Saya hanya mahir menggunakan powerpoint
dalam mengajarkan BM menggunakan komputer. 2.52 .829
Saya merasa selesa jika mengajarkan BM
dengan bantuan komputer. 2.66 .787
Saya mampu menggunakan internet dalam P&P 2.80 .818
Saya suka menggunakan bahan internet dalam
P&P BM. 2.81 .785
Saya berminat menggunakan komputer dalam
pengajaran BM. 3.26 .689
Saya berminat untuk mengajarkan BM
menggunakan komputer, tetapi saya tidak
mempunyai banyak masa untuk menyediakan
bahan pengajaran.
3.14 .770
Saya berminat untuk mempelajari kemahiran
menghasilkan bahan pembelajaran menggunakan
perisian mudah bagi BM. 3.18 .739
SP= sisihan piawai
Berdasarkan dapatan kajian, tahap penggunaan komputer dalam pengajaran bagi sampel kajian
adalah rendah (min 2.67). Sampel kajian juga menyatakan mereka tidak selesa (min 2.66) jika
mengajarkan bahasa dengan menggunakan komputer. Dari segi perisian pengajaran pula,
mereka tidak bersetuju (min 2.52) jika dikatakan hanya menguasai penggunaan powerpoint
dalam pengajaran. Ini disebabkan dari segi penguasaan perisian, sampel kajian menguasai 36%
pada tahap baik dan 54 % pada tahap sederhana.
Manakala dari segi penggunaan internet, sampel kajian mengakui mereka kurang mampu (min
2.80) dan ini mengakibatkan mereka kurang menggunakan (min 2.81) bahan tersebut di dalam
pengajaran. Mungkin terdapat faktor lain yang menjadikan mereka kurang menggunakan internet
dengan masalah pendedahan dan kemudahan yang disediakan di sekolah.
Aspek minat mempengaruhi guru dalam pengajarannya. Dapatan menunjukkan kebanyakan
sampel kajian berminat yang sederhana (min 3.14) untuk mengajarkan BM menggunakan
komputer tetapi mereka tetapi mempunyai banyak masa untuk menyediakannya. Mereka juga
memiliki minat yang sederhana (min 3.18) untuk diberikan pendedahan berkaitan penghasilan
bahan perisian komputer.
Kesan penggunaan komputer dalam pengajaran.
Kebanyakan sampel kajian setuju bahawa (min 4.10) penggunaan komputer dalam pengajaran
BM terhad kepada kemahiran membaca sahaja. Manakala mereka berpendapat penggunaan
komputer dalam mengajarkan karangan tidak begitu sesuai (min 3.18). Dalam hal ini, untuk
mendapatkan kesan yang baik, guru perlu kreatif dalam pengajaran berbantukan komputer (min
3.48).
Dari segi kemahiran menggunakan perisian komputer yang berkaitan dengan pembelajaran,
kebanyakan sampel kajian tidak menguasainya dengan baik. Contohnya dalam penguasaan
authorware dan toolbook, mereka menyatakan tidak menguasainya dengan baik (min 3.25).
Masalah ini juga wujud dalam hal menggunakan multimedia dalam pengajaran (min 3.5). Bagi
kebanyakan sampel kajian, mereka hanya akan menggunakan komputer apabila diminta berbuat
51 1st International Malaysian Educational Technology Convention
demikian (min 3.68). Di samping itu, terdapat kecenderungan menggunakan komputer hanya
untuk urusan berkaitan pengurusan (min 3.26).
Tahap penguasaan komputer
Kesemua sampel telah pernah mengikuti kursus berkaitan komputer. Berdasarkan dapatan
(jadual 3), kesemua sampel kajian telah menerima latihan komputer terutama dalam kursus
dalam perkhidmatan yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran ataupun Pejabat Pendidikan
Daerah.
Jadual 3: Tahap Penguasaan Penggunaan Komputer
Jenis Min SP Tahap penguasaan
Baik Sederhana Lemah
Microsoft Word 2.72 .449 72.4 27.6 0
Microsoft Excel 2.31 .556 35.6 59.8 4.6
Microsoft
Access
2.05 .513 16.1 73.6 10.3
Microsoft power
point
2.26 .637 36.8 52.9 10.3
Multimedia 1.94 .490 9.2 75.9 14.9
Pembinaan
Laman web
1.32 .560 4.6 23.0 72.4
Internet 2.18 2.19 27.6 64.4 8.0
Aplikasi komputer yang paling dikuasai oleh sampel kajian ialah Microsoft Word (min 2.72; tahap
baik : 72.4%). Kemahiran lain yang dikuasai ialah Microsoft Excel (min 2.31; tahap baik: 35.6%),
Microsoft power point (2.26; tahap baik: 36.8%), Internet (min 2.18; tahap baik: 27.6%), Microsoft
Access (min 2.05; tahap baik: 2.05%). Bagi kemahiran multimedia ( min 1.94; tahap lemah: 49%)
dan pembinaan laman web (min 1.32; tahap lemah: 56%) dianggap penguasaan yang lemah. Ini
menggambarkan sampel kajian tidak menguasai aspek yang dianggap penting terutama yang
berkaitan penyediaan bahan pengajaran yang memerlukan penggunaan elemen multimedia.
Pembinaan laman web yang dianggap kurang memberi manfaat kepada pengajaran dan
pembelajaran juga perlu diberikan perhatian terutamanya bagi memastikan pelajar berfikiran
lebih kreatif lagi.
Kesan aplikasi komputer terhadap pelajar
Dapatan kajian menunjukkan, penggunaan komputer dalam pengajaran dapat menambahkan
minat pelajar terhadap BM (min 3.06). Walau bagaimanapun, mereka berpendapat pelajar yang
pandai lebih berminat dalam pengajaran apabila guru menggunakan komputer di dalam
pengajarannya (min 3.14). Bagi pelajar yang lemah, mereka kurang menunjukkan minat dalam
pembelajaran bahasa walaupun guru menggunakan komputer min 2.74). Dapatan juga
menunjukkan penguasaan menulis karangan kurang berkesan jika menggunakan komputer (min
2.79). Dalam hal ini, pembinaan dan penggunaan bahan pembelajaran perlu lebih menekankan
aspek multimedia dan interaktif bagi memberikan kesan yang lebih kepada pelajar (min 3.00).
Pelajar juga berminat jika menggunakan bahan internet di dalam pengajaran (min 3.19).
52 1st International Malaysian Educational Technology Convention
Kekangan dalam pelaksanaan pembelajaran bahasa berbantukan komputer
Dapatan menunjukkan terdapat beberapa kekangan yang dihadapi oleh guru dalam
menggunakan komputer dalam pengajaran BM. Masih terdapat guru yang tidak mahir dalam
mengendalikan pembelajaran berbantukan komputer disebabkan kurang latihan (min 3.62). Guru
juga menghadapi masalah dalam pengajaran berbantukan komputer kerana banyak masa perlu
diberikan dalam menyediakan bahan (min 3.98). Pelajar juga kurang berminat (min 3.26)
menggunakan komputer dalam pengajaran BM. Komputer yang digunakan di sekolah sering
rosak dan ketinggalan dari segi kapasiti dan teknologi (min 2.82).
Di samping itu, terdapat kekangan dari segi sistem selenggaraan komputer yang tidak cekap di
sekolah (min 2.72). Masalah bilik komputer juga sering mengganggu kelancaran penggunaan
komputer dalam pengajaran. Terdapat guru BM yang tidak dapat menggunakan bilik komputer
kerana sering digunakan oleh kumpulan pelajar lain (min 2.86). Pengaruh rakan sejawat tidak
mempengaruhi sampel kajian dalam pelaksanaan pengajaran berbantukan komputer. Minat
mengajar menggunakan komputer tidak menurun apabila tidak ramai guru yang berbuat demikian
(min 2.51). Pihak pentadbir sekolah bukan merupakan kekangan kepada pelaksanaan kerana
mereka memberi galakan kepada guru agar mengunakan komputer dalam pengajaran (min
2.90).
Cadangan untuk mengatasi masalah
Terdapat beberapa cadangan yang diberikan oleh sampel kajian untuk mengatasi masalah dalam
meningkatkan lagi penggunaan komputer dalam pengajaran BM (jadual 4). Kebanyakannya
bersetuju dengan cadangan untuk mengatasi masalah seperti mewujudkan jaringan (min 3.51),
sediakan peruntukan (min 3.47), prasana yang cukup (min 3.46), kumpulan pembinaan bahan
(3.45), dorongan (min 3.42) dan pendedahan (3.41).
Jadual 4: Cadangan untuk mengatasi masalah
Wujudkan jaringan kerjasama antara panitia atau sekolah dalam
PPD
Sediakan peruntukan yang sesuai untuk menyediakan teknologi
komputer terkini.
Wujudkan prasarana ICT yang sesuai untuk pembelajaran.
Perlu ada kumpulan pembinaan bahan yang mendapat dorongan
daripada pentadbir.
Memberikan lebih dorongan kepada pelajar agar meminati komputer.
Semua guru BM perlu diberikan pendedahan aplikasi komputer.
Min
3.51
3.47
3.46
3.45
3.42
3.41
RUMUSAN
Isu-isu yang dibincangkan di atas kebanyakannya berfokus kepada pentingnya pengajaran
berbantukan komputer dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran BM. Antara rumusan
daripada dapatan kajian yang diperoleh seperti huraian berikut:
Guru perlu menguasai konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer agar pemahaman yang
mantap terhadap konsep tersebut dapat memberi kesan kepada mutu pengajaran guru. Ini
disebabkan terdapat pelbagai pemahaman terhadap konsep yang diberikan oleh guru BM. Tiga
komponen utama yang perlu ada di dalam pengajaran bahasa berbantukan komputer iaitu
komputer, bahasa dan pembelajaran (Finkbeiner, 2001). Guru pada peringkat awal perlu
memahami konsep dan prosedur pelaksanaan pengajaran menggunakan komputer agar
memberikan kesan yang optimum kepada pelajar.
53 1st International Malaysian Educational Technology Convention
Penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa ada dilakukan oleh guru BM. Namun,
penggunaan yang tidak menyeluruh dari segi keperluan perlu diberikan perhatian. Contohnya,
penggunaan komputer dalam kemahiran menulis sepatutnya diberikan perhatian kerana
penggunaan komputer mampu membantu pelajar dalam menyusun organisasi teks serta dapat
memudahkan penyuntingan dilakukan. Bagi memastikan keberkesanan pengajaran, bahan bantu
yang digunakan perlulah dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan lebih
berkesan (Yahya Othman, 2007).
Kursus komputer telah dihadiri oleh kebanyakan guru BM. Untuk menjamin keberkesanan
penggunaan dalam pengajaran, kursus yang dihadiri perlu dikaitkan dengan pembinaan bahan
pembelajaran. Perisian yang sesuai boleh digunakan untuk tujuan tersebut. Ini bersesuaian
dengan dapatan kajian oleh Jeong-Bae Son (2006) yang menunjukkan penggunaan komputer
dalam pengajaran terutama yang melibatkan kursus dalam talian mampu menarik perhatian
pelajar.
Kesan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran BM juga didapati positif
dengan kebanyakan sampel menyatakan demikian. Antaranya ialah penggunaan komputer
dapat memupuk minat yang mendalam terhadap penguasaan BM. Kajian yang dijalankan oleh
Saad Al Kahtani (1999) menunjukkan penggunaan komputer dalam pengajaran menulis
karangan dapat memberi kesan terhadap pencapaian pelajar.
Kekangan yang dihadapi oleh guru BM dalam melaksanakan pengajaran berbantukan komputer
meliputi aspek kursus peningkatan, pelajar yang pelbagai kecerdasan, teknologi komputer yang
sering berubah, masa yang diperlukan untuk membuat persediaan pengajaran, dan sebagainya
boleh memberi kesan terhadap pengajaran. Stallard (1998) pula menghuraikan faktor kebolehan
guru dalam pengendalian komputer, penyediaan bahan pengajaran dan strategi yang sesuai
digunakan merupakan kekangan yang sering dihadapi. Dalam hal ini, perancangan dan
persediaan pihak pentadbir sekolah dalam menyediakan guru-guru agar benar-benar menguasai
kemahiran tersebut perlu dilakukan secara profesional.
Masalah dalam penggunaan komputer perlu dihadapi dengan memberikan penekanan kepada
penggunaan ICT dalam pengajaran sebagaimana yang ditekankan oleh Kementerian Pelajaran.
Sukatan pelajaran BM perlu dirujuk untuk melihat keperluan menggunakan komputer dalam
pengajaran. Selain itu, penekanan pengajaran secara integrasi dalam mata pelajaran yang lain
juga mampu untuk membantu pelajar mahir dalam sesuatu tajuk (Hokanson & Hooper, 2004)
Kesimpulannya, BM sedang mengalami zaman penuh cabaran terutama dari segi pandangan
umum terhadap kepentingannya dalam pengajaran (A. Aziz Deraman, 2007). Walaupun
demikian, aspek pengajaran perlu diberikan perhatian dengan menekankan penguasaan
kemahiran bahasa yang diajarkan. Penggunaan komputer dalam pengajaran BM berupaya
meningkatkan lagi keupayaan pelajar dalam menguasai BM dengan lebih baik. Oleh itu, aspek
latihan dalam perkhidmatan, penyediaan bahan pembelajaran interaktif, menggalakkan
penggunaan internet dalam pengajaran serta penyediaan teknologi yang sesuai dengan
keperluan semasa perlu diberikan perhatian.
RUJUKAN
A.Aziz Deraman (2007). Bahasa Melayu dan cabaran global. Dewan Bahasa, 7(2), 26-30.
Cuban, L. (2001). Oversold and underused: Computers in the classroom. Cambridge, Mass.:
Harvard University Press.
Ertmer, P. A. (1999). Addressing first- and second-order barriers to change: Strategies for
technology integration. Educational Technology Research and Development, 47(4), 47-
61.
Finkbeiner, C. (2001). One and all in CALL? Learner, moderator dan researcher. Computer
Assisted Language Learning. 14 (3-4), 339-361
54 1st International Malaysian Educational Technology Convention
Grove, K., Strudler, N., & Odell, S. (2004). Mentoring toward technology use: Cooperating
teacher practice in supporting student teachers. Journal Of Research on Technology in
Education. 37(1), 85-110.
Hokanson, B., & Hooper, S. (2004). Integrating technology in classrooms: We have met the
enemy and he is us. Paper presented at the annual convention of the Association for
Educational Communications and Technology, Chicago, IL, October 19-23. (ERIC
Document Reproduction Service No. ED485143)
Jeong-Bae Son (2006). Using online discussion groups in a CALL teacher training course.
Regional Language Centre Journal. 37(1), 123-135
Moersch, C. (1995) . Levels of technology implementation (loti): A framework for measuring
classroom technology use. Journal of Learning and Leading With Technology, 23(3). 40-
42.
Roblyer, M. D., & Schwier, R. (2003). Integrating educational technology into teaching (Canadian
ed). Toronto: Prentice Hall.
Saad Al Kahtani (1999). Electronic portfolios in ESL writing: An Alternative Approach. Computer
Assisted Language Learning. 12 (3), 261–268
Stallard, C. (1998) . Factors that influence the integration of technology into the secondary
curriculum. http://ed.info.apple.com/education/techlearn/adapt/adaptfactors.html.
Yahya Othman (2007). Bahan bantu mengajar memperkukuh Bahasa Melayu. Dewan Bahasa,
7(2), 32-35.
Lari ikut kekasih ke Lombok
2010/03/04

KUALA LIPIS: Gara-gara panahan cinta jejaka Lombok, seorang pembantu kedai makan berusia 30 tahun dari Kuala Medang di sini, tergamak meninggalkan keluarganya dan lari mengikut lelaki terbabit pulang ke negara berkenaan. Rozita Mat Ali, disedari hilang oleh keluarganya pada 14 Februari lalu selepas tidak menjawab panggilan telefon serta khidmat pesanan ringkas (SMS).
Menurut bapanya, Mat Ali Mat Amin, 67, pada hari kejadian, anak keempat daripada lapan beradik itu yang bekerja di sebuah kedai makan di perkampungan Orang Asli di Pos Betau di sini, menghubungi ibunya, Jariah Ishak, 60, bagi meminta izin untuk bermalam di rumah seorang rakan di pusat bandar.
“Isteri saya membenarkan kerana sebelum ini dia banyak kali berbuat demikian.
“Namun, Rozita kemudian tidak menjawab panggilan telefon, malah SMS kami juga tidak dibalasnya menyebabkan kami mengesyaki berlaku sesuatu terhadapnya,” katanya.
Mat Ali yang bekerja sebagai penyelia di sebuah ladang Felcra di sini, berkata kebimbangan mereka menjadi kenyataan apabila anaknya itu kemudian memaklumkan sudah meninggalkan negara ini.
“Sehari selepas kehilangannya, Rozita menelefon ibunya memberitahu dia kini berada dalam kapal menuju ke Lombok Timur mengikut seorang kenalan lelaki.
“Bagaimanapun, dia tidak memaklumkan siapa lelaki terbabit dan waktu dia bertolak keluar dari daerah ini,”katanya
Lari sambil darah menitis
Oleh Ahamd Tajol Ansar Ibrahimahmadtajol@hmetro.com.my2010/03/04

KUALA LUMPUR: Persis adegan filem Hindustan, seorang ‘heroin’ yang berlumuran darah terpaksa berlari meminta pertolongan daripada jiran sambil memegang tangannya yang cedera akibat ditembak teman lelakinya, seorang anggota polis sebelum jatuh pengsan akibat kehilangan banyak darah. Dalam kejadian kira-kira jam 9.45 malam kelmarin, mangsa, G Prema, 24, terpaksa menahan kesakitan ketika berlari menyelamatkan diri, malah kesan titisan darahnya jelas kelihatan di sepanjang laluan pejalan kaki di tingkat 10 pangsapuri didiaminya.
Sebelum itu, orang ramai yang berada di warung berhampiran Pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi di sini, dikejutkan bunyi beberapa das tembakan, lalu bergegas ke lokasi bagi mengetahui punca kejadian. Saksi yang hanya ingin dikenali sebagai Rizal, 30, memberitahu, ketika kejadian dia dan beberapa rakannya berehat di bahagian bawah pangsapuri berkenaan dan terkejut apabila mendengar tembakan.
“Pada mulanya saya hanya menyangka ada penghuni meraikan majlis sambutan dan bunyi itu daripada mercun yang dibakar.
“Namun tidak lama kemudian, saya terdengar jeritan seorang wanita dan mengesyaki sesuatu yang buruk berlaku,” katanya.
Harian Metro difahamkan wanita terbabit pengsan sebaik tiba di hujung laluan pejalan kaki di tingkat 10 pangsapuri itu sebelum dibantu orang ramai.
Mangsa dipercayai terkena dua das tembakan yang dilepaskan teman lelakinya sebelum cuba menyelamatkan diri dan meminta pertolongan jiran.
Difahamkan sebelum kejadian, konstabel terbabit yang berkhidmat di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi di sini, dikatakan berselisih faham dan bergaduh dengan anggota keluarga teman wanitanya.
Suspek dipercayai turut bergelut dengan anggota keluarga teman wanitanya menyebabkan dia cedera pada beberapa bahagian tubuh.
Abang mangsa, G Devandran, 25, juga dilaporkan mengalami cedera ringan di kepala akibat terkena serpihan peluru.
Suspek bersama kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan.
Harian Metro difahamkan, selepas kejadian itu, suspek dipercayai cuba membunuh diri dengan meminum racun rumpair, tetapi digagalkan polis yang berkejar ke tempat kejadian selepas dimaklumkan orang awam.
Difahamkan, suspek dan mangsa yang dijadualkan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi, bergaduh kerana beberapa masalah peribadi sebelum anggota polis terbabit melepaskan tembakan.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Mohamad Sabtu Osman, ketika ditemui mengesahkan kejadian dan memberitahu kes itu kini dalam siasatan.
“Suspek adalah konstabel sokongan dan berkhidmat selama lapan tahun di Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Dang Wangi dan belum tetap perkhidmatannya,” katanya. Beliau berkata, suspek bertengkar dengan mangsa sebelum melepaskan empat das tembakan yang mengenai wanita dan abangnya di rumah mereka di Pangsapuri PPR Kerinchi.
Prema cedera di dagu kanan dan jari kiri, manakala Devandran, cedera ringan di kepala akibat terkena serpihan peluru.
Suspek ditahan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh diri.

Selasa, 2 Mac 2010

UTeM uji produk pantau banjir .
HARIAN METRO.
2010/01/25

UNIVERSITI Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) akan bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) untuk menguji produk penyelidikan yang dihasilkan kumpulan penyelidiknya iaitu produk Sistem Pemantauan Banjir atau Flood Observatory System (FOS). UNIVERSITI Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) akan bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) untuk menguji produk penyelidikan yang dihasilkan kumpulan penyelidiknya iaitu produk Sistem Pemantauan Banjir atau Flood Observatory System (FOS). Kumpulan penyelidik daripada Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer, UTeM yang diketuai Siva Kumar Subramaniam sudah mendapat persetujuan MBMB untuk menempatkan FOS itu di Kampung Chetti, Melaka Tengah.
Ia berdasarkan perbincangan di Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), baru-baru ini.
Perbincangan dan sesi taklimat berkenaan produk itu diwakili Siti Azurah Ab Ghani dan Fadlina Mohni dari MBMB manakala UTeM pula diwakili Dr Azizah Shaaban dari Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM), Profesor Abdul Hamid Hamidon, Vigneswara Rao Gannapathy serta Siva Kumar.
Siva Kumar, berkata FOS adalah sistem asas yang berkeupayaan memantau keadaan paras air semasa banjir dengan menggunakan teknologi sistem pesanan ringkas (SMS).
Katanya, menerusi FOS ini, MBMB dapat memantau keadaan paras air di Kampung Chetti mengikut masa dan tidak terbatas kepada jarak atau kedudukan pemantau.
"MBMB tidak perlu ke lokasi bagi pemantauan tempat FOS ini dipasang untuk melihat atau mendapatkan paras air pada sesuatu masa," katanya. Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTeM, Profesor Madya Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah, berkata fasa 1 pemasangan sistem FOS akan dimulakan bulan ini di Kampung Chetti.
"Pemasangan FOS ini di tapak sebenar bertujuan menguji keberkesanan produk yang mendapat pengiktirafan di pameran dalam dan luar negara. "Saya berharap produk ini akan dapat dikomersialkan pihak yang berminat menggunakannya secara meluas terutama bagi pemantauan dan pengawalan banjir di Melaka dan seluruh negara," katanya.

Wanita derita salah bedah
HARIAN METRO.
2010/03/03

JEDDAH: Seorang wanita Palestin yang mengalami komplikasi akibat pembedahan plastik mengancam merujuk kesnya kepada Kementerian Kesihatan Arab Saudi serta menyaman pakar bedahnya. Menurut wanita itu, sejak menjalani pembedahan itu, dia menderita kerana bentuk muka dan kepalanya bertukar menjadi hodoh.
“Perasaan saya juga sangat terganggu,” katanya.
Menurut wanita itu, dua doktor membedahnya enggan bertemu setiap kali dia pergi ke klinik terbabit untuk mendapat rawatan.
Malah, katanya, doktor terbabit saling salah-menyalahkan di antara satu sama lain atas kesan dialaminya.
Apabila kes itu dirujuk kepada Jabatan Kesihatan di Jeddah, masalah itu masih gagal diatasi kerana ketua jabatan pembedahan di situ adalah doktor sama membedahnya sebelum ini.
“Dia mengesahkan laporan perubatan mendakwa tiada kesilapan berlaku, sebaliknya menuduh saya mengalami gangguan mental akibat keguguran rambut,” katanya.
“Kementerian Kesihatan juga mendapati doktor terbabit melakukan kesalahan apabila meninggalkan tugasnya di hospital kerajaan untuk menjalankan pembedahan ke atas saya,” katanya.
Justeru, dia merayu Menteri Kesihatan Arab Saudi, Dr Abdullah al-Rabeea, menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat isu berkenaan.
Sementara itu, perunding pembedahan yang mengetuai pasukan merawat mangsa, Dr Ibrahim Ashari, berkata seorang daripada doktor membedah wanita terbabit bukan pakar dalam bidang berkenaan.
Katanya, pembedahan itu dijalankan doktor tidak berpengalaman.
“Dia sebenarnya pakar membetulkan hidung,” katanya. - Agensi
Budak jatuh flet selamat jalani pembedahan
HARIAN METRO.

2010/03/03

GEORGETOWN: Kanak-kanak perempuan, Nor Farah Atrina Mohd Ridzuan, 5, yang terselamat selepas jatuh dari tingkat lima Flet Medan Tengku, Jelutong, selamat menjalani pembedahan jam 8 malam kelmarin dan kini dilaporkan stabil. Bapa mangsa ,Mohd Ridzuan Anuar, 31, berkata beliau lega selepas anaknya mampu bercakap seperti biasa selepas menjalani pembedahan itu, tetapi kasihan kerana anaknya terpaksa menahan kesakitan.
“Bagaimanapun, Farah masih trauma dan masih dalam ketakutan berikutan kejadian yang menimpanya,” katanya

PINTU MASUK UTAMA GUNA AUTOGATE.
HARIAN METRO,RABU.
2010/03/03

SEPANG: Kementerian Dalam Negeri berjanji pemeriksaan di semua pintu masuk menggunakan sistem pagar automatik (Autogate) akan dipercepatkan dan mengambil masa tidak sampai satu minit. Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Mahmood Adam, berkata sistem berkenaan yang menjadi isu sejak kebelakangan ini kerana dilaporkan mengalami masalah sehingga melambatkan proses pemeriksaan pasport sudah dinaik taraf.
“Pintu masuk utama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) sudah dinaik taraf dan pemegang pasport hanya memerlukan masa lebih singkat berbanding sebelum ini,” katanya.
Menurutnya, sebelum ini sistem terbabit mengambil masa hingga 15 saat untuk pemeriksaan pasport, namun selepas dinaik taraf hanya tujuh saat diperlukan untuk urusan berkenaan.
“Tidak ada sebarang kos diperlukan untuk tujuan menaik taraf sistem itu kerana ia sebahagian daripada kerja penyelenggaraan yang biasa dilakukan setiap tahun,” katanya selepas membuat lawatan mengejut ke Balai Pelepasan KLIA di sini, semalam.
Mahmood berkata, syarikat yang dilantik untuk kerja penyelenggaraan juga berjanji untuk melaksanakan tugas dengan baik bagi memastikan sistem berkenaan tidak mengalami sebarang masalah pada masa akan datang.
Sementara itu, Mahmood juga berkata KDN tidak menerima sebarang laporan mengenai penjualan organ manusia di kalangan rakyat tempatan.
“Tidak ada rekod di Malaysia berlaku penjualan organ manusia. Jual orang ada, tapi jual organ manusia tidak ada,” katanya.
Menurutnya, apa yang dilaporkan dalam akhbar mengenai penjualan organ manusia itu dianggap kurang tepat dan tidak langsung berlaku di sini.
“Kami sudah periksa dengan Ketua Polis Negara dan dimaklumkan bahawa tidak ada kes seumpama itu berlaku dalam negara,” katanya.
Mahmood berkata, kes yang membabitkan penjualan organ mangsa culik juga tidak berlaku dan polis tidak pernah menerima laporan berhubung kejadian seperti itu.
SYABAS GUNA FACEBOOK TERIMA ADUAN.
Kosmo! JUMAAT 15 JANUARI 2010

KUALA LUMPUR -Jika sebelum ini para pengguna Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) mengemukan aduan menerusi talian atau emel tetapi kini semuanya boleh dilakukan menerusi Twitter dan Facebook.

Pengerusi Ekskutif Syabas, Tan Seri Rozali Ismail berkata, penggunaan kedua-dua laman rangkaian sosial itu akan dapat meningkatkan perkhimadtan kepada kira-kira tujuh juta pengguna di Lembah Klang.

"Penggunaan Twitter dan Facebook dilaksanakan setelah mengambil kira semua aduan dan komen pengguna kerana sebahagian mereka tidak mengetahui kerja-kerja Syabas termasuk jadual notis gangguan bekalan air yang berlaku walaupun disiarkan di media cetak dan elektronik.

"Atas tujuan itu, kemudahan baru ini diperkenalkan dan pengguna boleh membuat sebarang aduan kepada kakitangan Syabas yang bersedia 24 jam membalas membalas respon mereka dengan pantas",katanya.

Beliau berkata sedemikian selepas melancarkan Follow@Puspel On Twitter and facebook yang turut dihadiri Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk N. Marimuthu di sini semalam.

Menurut Rozali, menerusi kemudahan baru itu, pihaknya juga dapat menyediakan maklumat terkini secara lebih pantas kepada pengguna.

Pelanggan katanya hanya perlu melayari laman facebook untuk menjadi peminat kepada puspel dengan melayari laman www.twitter.com/puspel atau menaip follow@puspel selepas mendaftar.

"Semenjak dibuka dua hari lalu, kita berjaya berkominikasi secara langsung dengan pelanggan Syabas seramai 300 orang dan laman makluman sembang sebanyak 3,600 orang.

Pada perkembangan lain, Syabas meminta kerajaan Selangor membenarkan semula kerja-kerja pemasangan paip air baru yang sebelum ini dihentikan sejak jun tahun lalu.

Rozali berkata, projek itu perlu disambung semula kerana pihaknya menerima banyak aduan paip usang di kawasan Lembah Klang dan Putrajaya yang menjadi punca masalah kebocoran.

"Sehingga sekarang penukaran paip usang yang kebanyakannya sudah berusia 40 tahun telah dihentikan atas sebab penstrukturan semula proses pengurusan bekalan air,"ujarnya.

Menurut Rozali, tindakan kerajaan negeri itu juga didakwa menjejaskan sistem saluran paip air bernilai RM 1 billion dan setakat ini Syabas hanya berjaya menukar paip baru sejauh 1,600 kilometer (km) daripada keseluruhan 20,000 km dan baki 18,600 km lagi masih tergendala.

Dalam pada itu, Marimuthu turut menggesa kerajaan negeri supaya membenarkan kerja-kerja penyelenggaraan serta penukaran paip lama dilaksanakan segera demi kebaikkan pengguna.

SISTEM SMS ATASI KESESAKAN KLINIK.
KOSMO!.

JOHOR BAHRU - Sistem Pengurusan Penggiliran dan Peringatan Temu Janji (QMARS) dilihat berkesan mengatasi masalah kesesakan orang ramai di klinik-klinik kesihatan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, sistem yang dibangunkan Celcom Axiata Berhad menggunakan khimat pesanan ringkas (SMS) didapati praktikal untuk diperluaskan.
"Pesakit akan mandapat peringatan lima nombor sebelum sampai giliran merekan melalui SMS selain peringatan untuk datang ke klinik tiga hari sebelum hari temu janji.
"Sebelum itu pesakit seperti biasa mendaftar di kaunter pendaftaran termasuk memberikan nombor telefon bimbit mereka," katanya pada sidang media ketika meninjau penggunaan sistem berkenaan di Klinik Pesakit Luar Mahmoodiah di sini semalam.
Turut hadir ialah Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Mohd. Khairi Yaakob dan Naik Presiden Komunikasi Korporat Celcom, Datuk Najmuddin Abdullah.
Projek perintis itu dijalankan sejak empat bulan lalu dan berdasarkan tinjauan itu, Tiong Lai berpuas hati dengan respons positif daripada orang ramai.
Beliau berkata, sebelum itu klinik berkenaan mempunyai masa menunggu giliran pesakit 102.16 minit dan sekarang dapat dikurangkan kepada 53.38 minit.
Bagaimanapun katanya, beberapa isu pengurusan perlu diatasi sebelum memperluaskan sistem itu kepada klinik-klinik lain.
"Kita kena lihat siapa perlu tanggung kos SMS serta kos-kos lain. Jika sesuai, kita akan laksanakan di klinik yang sesak terutama di bandar besar," katanya.
Tambah beliau, pihaknya dalam usaha menaik taraf sistem perkhidmatan kauter termasuk mensasarkan 30 minit masa menunggu bagi setiap pesakit.
SENSOR BANTU KURANGKAN GEMUK.
KOSMO! Khamis 7 JANUARI 2010.

ALHAMBA, California - Usaha memerangi kegemukan bakal mendapat bbantuan teknologi canggih tidak lama lagi.

Ia berikutan sekumpulan saintis Amerika Syarikat (AS) sedang menguji sensor-sensor wayarles yang boleh dipakai bagi mengesan rutin harian golongan gemuk termasuk tabiat pemakanan dan senaman mereka.

Gajet itu direka bagi mendapat maklumat tepat berhubung aktiviti golongan itu.

Di sebuah makmal penyelidikan mengenainya di sini, dua remaja gemuk membantu menguji peralatan itu dengan melakukan pelbagai aktiviti seperti duduk, berdiri, baring dan bersenam.

Sensor pada dada mereka merekodkan kadar denyutan jantung, tahap tekanan dan jumlah aktiviti fizikal sebelum data itu dihantar ke sebuah telefon bimbit untuk disimpan.

"Kaki saya kebas", kata seorang remaja berumur 15 tahun, Amorette Castillo selepas dia membuat larian kedua dengan menggunakan mesin senaman di makmal Universiti Southern, California, Amerika Syarikat.

Sebelum ini, program penurunan berat berdepan kesukaran untuk memperoleh data tepat kerana maklumat mengenai tabiat senaman dan pemakanan banyak bergantug kepada ingatan pesakit. -AP.
LAMAN PALSU PRESIDEN GUYANA DI FACEBOOK.
KOSMO!

GEORGETOWN - Pegawai-pegawai di Guyana memberi amaran kepada pengguna laman Facebook bahawa terdapat orang yang menipu dengan mendakwa dirinya Presiden Guyana, Bharrat Jagdeo.
Dalam satu kenyataan, Presiden Guyana itu memberi amaran agar pengguna Facebook mengabaikan meseg-meseg yang kononnya dihantar oleh beliau.
Kenyataan itu menyebut meseg itu bertujuan menipu orang ramai dengan menawarkan peluang untuk menyewa hartanah pemerintah di Guyana.
Semasa kenyataan rasmi pemerintah itu dikeluarkan lewat kelmarin, profil palsu tersebut sudah tiada di laman facebook.
Satu lagi profil Presiden Guyana di Facebook mempunyai 174 penyokong sebelum ia ditarik balik.
Jagdeo sebelum ini mengadu beliau beliau menjadi mangsa penyamaran sebuah laman perkongsian sosial yang serupa iaitu Hi5.
Beliau mengakui tidak pernah menggunakan sebarang laman perkongsian sosial.
TELEFON BIMBIT UBAT PENYAKIT NYANYUK.
kosmo!.

TAMPA - telefon bimbit kini menjadi perhatian untuk digunakan bagi memerangi penyakit nyanyuk atau Alzheimer, kata beberapa penyelidik Amerika Syarikat kelmarin dalam satu kajian.

Kajian perintis yang diketuai oleh Profesor Gary Arendash dari Universiti Florida Selatan di sini mendapati kesan positif itu pada sekumpulan tikus makmal yang menghidap penyakit mirip Alzeimeir.

Tikus itu memperlihatkan peningkatan keupayaan kognitif setelah terdedah pada radiasi lelefon bimbit selama dua jam setiap hari untuk temppoh tujuh bulan hingga sembilan bulan.

Hasil ujikaji Adrendash dan rakan-rakannya itu disiarkan dalam penerbitan Persatuan Alzeimeir, Journal of Alzeimer's Disease eisi Januari.

"Namun, ia (keputusan kajian itu) bukan alasan untuk sesiapa cuba mengubati sendiri Alzeimer dengan menggunakan telefon bimbit, kata Ketua Pegawai Perubatan dan Sains Persatuan Alzeimer, Bill Thies.

Menurutnya, penyelidikan itu perlu diulangi dan disahkan bagi memperoleh keputusan konklusif sebelum ia dapat diketengahkam bagi tujuan komersial. -AP
AKSES e-TANAH UNTUK SEMUA.
kosmo! SABTU 9 JANUARI 2010.

PULAU PINANG - Kejayaan perlaksaan progaram perintis e-Tanah iaitu perkhidmatan dalam talian dengan Pejabat Tanah dan Galian di Pulau Pinang mendorong kerajaan merangka pelan memperluaskan akses kemudahan tersebut ke seluruh negara.
Dua negeri yang selepas ini akan mendapat kemudahan yang itu ialah Melaka dan Negeri Sembilan.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata, perkhidmatan itu telah memberi kesan yang memberangsangkan serta mendapat sambutan baik orang ramai.
"Kita akan memperluaskan akses kepada program e-tanah ini tetapi secara berperingkat-peringkat,"katanya ketika melawat Pejabat Tanah dan Galian di Komtar di sini semalam.
Perkhidmatan e-tanah membolehkan orang ramai membuat pembayaran secara dalam talian dan mencetak resit pembayaran selain daripada menyemak data tanah mereka dan sebagainya.
Beliau berkata, sejak perkhimatan e-tanah dilaksanakan di negeri ini, sebanyak l50,o98 pemilik tanah telah membuat pembayaran berjumlah RM427.2 juta.
Ini menunjukkan keberkesanan sistem itu bagi memudahkan orang ramai tanpa perlu mengunjungi pejabat tanah," kata beliau.
Beliau menarik perhatian, kemudahan ini juga dapat mengelak kesesakan berurusan pada saat-saat akhir seperti mana yang biasa dilihat pada bulan November dan Disember setiap tahun.
ALAT KESAN VIRUS CIRIT-BIRIT MENANG ANUGERAH.
OLEH: LUQMAN HAKIM AB. RAHIM
luqmanhakim.abrahim@kosmo.com.my.

SHAH ALAM - Pensyarah Kanan, Fakulti Sains dan Kesihatan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr.Zuridah Hassan menggondol Anugerah Utama Reka Cipta, Inovasi dan Reka Bentuk UiTM(IDD UiTM 2010) menerusi penghasilan ayat yang dikenali sebagai RoNo Quick yang boleh mengesan Rotavirus dan
Norovirus.

Rotavirus
merupakan salah satu virus yang dikenal pasti punca penyakit cirit-birit di kalangan kanak-kanak manakala Norovirus pula merupakan sejenis virus cirit-birit yang menyerang semua peringkat usia.
Zuraida berkata, pada mulanya beliau membuat kajian mengenai alat pengasan Rotavirus semasa menyertai program penyelidikan dibawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)selama tiga bulan di Melbounre, Australia daripada Jun hingga Ogos 2008.

"Sekembalinya ke tanah airsaya meneruskkan kajian mengenai Norovirus dan mencipta alat pengesan dan mencipta alat viru cirit-birit dua dalam satu, RoNo Quick untuk Rotavirus dan Norovirus," katanya.

Beliau ditemui selepas menerima anugerah tersebut pada majlis penyampaian anugerah IDD UiTM 2010 yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Fadillah Yusof di UiTM Shah Alam.

Katanya, alat itu masih belum digunakan di dalam bidang perubatan dan Kementerian Kesihatan setakat ini hanya meluluskan penggunaan alat mengesan
Rotavirus.

Beliau berkata, RoNo Quick bertindak mengesan kehadiran Rotavirus dan Norovirus menerusi ujian terhadapnajis pesakit dan ia adalah satu peralatan yang mudah dan kos efektif.

Zuraidah bersama pelajar-pelajar yang membantu kajiannya itu membawa pulang hadiah wang tunai RM 5,000, piala iringan dan sijil selain turut memenangi Anugerah rekacipta IDD Kelas Berlian dan membawa pulang RM5,000, piala iringan dan sijil.-Bernama

Ahad, 17 Januari 2010

Hai, sy penulis blog yang baru.... hehehe....
mula2 meh aku ceritakan asal usul aku dulu....
masa kecik2 dulu aku duk di Pulau Perhentian. duk bawak ketiak mak aku lagi.
sekarang aku dah besar tau, duk di UKM, BANGI. Apa la naceb nye aku duk di kolej buangan student lain. p aku bangga tau, sebab aku tak pernah buang kolej aku. mungkin mereka jeles kot sebab kitaorang dapat bas..hahaha.... tak kisah la apa pon orang nk kata. yang penting aku hepi dapat kawan dengan monyet2 di KOLEJ PENDETA ZA'BA ni.... Boleh jugak buat amal. lempar sebuku roti mesti dye ngap je...tanpa segan silu dye makan kat depan aku...